Thursday, September 18, 2008

List Nama Wreckunion Ramadhan 1429H

disebabkan tak semua yang ader Gmail account jadi saya dah buat satu senarai nama untuk confirmkan kedatangan anda pada majlis berbuka buasa WreckUnit hari ini..

UPDATES!!

maklumat tambahan :

  • berkumpul di atm jam 5:30pm(sudah tukar)
  • pegi Baazar Putrajaya dulu,yg nk g tempat lain pun dialu-alukan
  • siapa ader hal dan nak dtg lewat... jumpa kat saner terus
  • estimated berada di Taman Putra jam 6:30pm... then kalau gelap sgt kat area masjid we go
  • jika cuaca mengizinkan, kita buat sesi fotografi(pakai laa cun-cun sket hehehe tapi igt kiter g Bazaar dulu hehehe)
  • sila bawa tikar ataupun paper lama, maner laa tau nk lepak atas rumput ker... kater picnic (pejadah picnic bulan pose hehehe)
  • aper2 siler kontek zaki

berikut adalah senarai nama yang dah confirm...

  1. Mohd Zaki - kete sendiri
  2. Yusra Adilah - kete sendiri
  3. Ahmad Masen - kete sendiri
  4. Taufiq Danish - tumpang zaki kot(takpun rider RXZ)
  5. tasha jr - masih mencari kereta utk ditumpang
  6. aizat DC - 125Z
  7. meon - rider
  8. ain apple - masih mencari kereta utk ditumpang
  9. fahmie - rider
  10. fizi - rider(bwk moto ko sengal hehehe)
  11. abe si(lanun berjaya) - kete sendiri
  12. nan - masih mencari kereta utk ditumpang
  13. seth - kete sendiri
  14. jepp dan pasangan - rider(sehati sejiwa)
  15. pekan - rider
  16. nicky - masih mencari kereta utk ditumpang
  17. pekan - 135 LC (bau kedai hehehe)
  18. penampilan istimewa (akhirnya...) Azim Zain - Avanza Gold with spinners(sgt....)
  19. ayet - kete sendiri
  20. nadiah - kete ayet (nadiah je ke hehehe)
  21. kojek - bugati veyron (maklang dier...)

jadi sila inform kepada saya bagi memudahkan kerja utk meng'update' list nama ini...
bagus!! dah melebihi 20 org babe hehe tapi tulaa... mamat LC eksoz perang tuh citer bukan main beria..... tapi dier gak yang tak confirm lagi... tensen aku.... kang aku g makan Baskin Robbin x ajak ko kang haaa... hehehe

Wednesday, September 17, 2008

jom bukak puasa ..

arghhh pening nyer... diorg sembang banyak sgguh songeh huhuhu demmit...

tapi alhamdulillah... masing-masing dah ader kata sepakat... disebabkan faktor kewangan dan faktor transport... maka WreckUnit dah capai kata sepakat...

so here are the details....


Berbuka Puasa WreckUnit Style
Sabtu 20hb september 2008
Taman Putra Perdana(poster silap eja hehehe)
atas bukit dekat roundabout besar putrajaya,near shangri la hotel
PotLuck Style = "makanan bawak sendiri"
kita kenduri kat atas bukit tu ramai-ramai
bawak tikar sekali.. yang ader lampu kecemasan bole bawak(lampu kecemasan??)
so utk mereka yang tak tau tempat tu dimana refer map kat bawah ok


nampak cam gempak kan so... kitorang akan pegi bazaar putrajaya dulu dalam pukul 5:30pm...
jadi mereka2 yang nak join kumpul kat atm pukul 5pm

sesiapa yang nak join majlis neh.. sila letak nama anda di ruangan komen utk post ini.. senang... letak nama dan naek ngan saper... mengenai hal transport.. masing-masing tumpang-tumpangkan laa yerk...


"we make it simple,fast and fun"

Marilah mari.. kita mengundi... tunaikan kewajipan.. pada universiti..

pengumuman....pengumuman...!!

tarikh 18 september 2008 adalah tarikh keramat ....

UNITEN akan bergegar lagi...

kenapa ye...

bukan ader konsert... atau pesta buku... mahupun PC FAIR(jarang-jarang berlaku di uniten)

and for sure ... not another molested/sodomy story... uhh...uhh... no...no..no...

jadi aper sebenarnya yang akan berlaku...


yaa..... salah seorang dari sahabat kita yang selalu mengikuti aktiviti WreckUnit dan juga merangkap salah seorang shooter yang ader.... akan bertanding untuk jawatan MPP di UNITEN...

sedikit butiran tentang beliau

calon NO. 16 (kampus Putrajaya,UNITEN)


Ahmad Hussaini Zulkeply
a.k.a. Mr Masen

Pelajar Jurusan Mekanikal
Alumni Kelab Wawasan(welcome to the kelab laa masen hehehe)
bekas Exco Perhubungan Kelab Wawasan
Ketua Pengarah KRK V


kejayaan??ataupun achievement dalam bahasa orang putih
beliau tidak mempunyai timbunan rekod-rekod bertulis yang tersimpan di UNITEN
atau di rumah beliau sendiri
mungkin sekadar cukup untuk melengkapkan resume bila nak apply ke nanti kot...
tapi beliau seorang yang berdedikasi dalam melakukan kerja...
seorang yang willing to learn... suka berfikir dalam segala faktor demi kerjanya...
dulu aku ingat dia ni adik ANUAR ZAIN .... bukan AZIM ZAIN ok..
tapi yang pasti beliau mempunyai pengalaman bersama kami di WAWASAN dan juga WreckUnit.... nak tau pencapaian beliau?? mostly in WAWASAN laaa... tapi dalam WAWASAN selalu ke dapat pengiktirafan bertulis?? jarang rasanya.... sebab aper ek??
who cares?? yang penting kerja kami terlaksana.. objektif tercapai... and it's not the compliment... it's the result of the job... dan masen antara orang yang menjadi pelaksana yang baik dalam beberapa program kelab dan universiti...seorang yang pandai berkata-kata... bahasa yang sangat tinggi... sama cam yusmir... bahasa M.Nasir dua-dua neh... tapi masen gemar mengambil foto... (aper kaitan??)... banyak kaitan...jurufoto mempunyai deria tambahan untuk melihat sesuatu perkara yang tidak pernah diambil kisah oleh sesetengah orang... dari yang ringan kepada yang berat.... bukan masa pilihanraya kampus jer dia nampak okkay... hehehe
nak tau lebih lanjut??... tanya laa dier sendiri hehehe... dah dengar manifesto kan...
tak cukup jumpa nisa.... his best friend ever juga merangkap jentera penggerak pilihanraya untuk masen ... jangan risau,mereka tiada skandal hehe jadi diharap tiada cubaan untuk menjatuhkan individu ini dengan isu skandal yer...hehehe and he's straight... maaf masen ader awek... aku jumpa dia kat KL... kantoiii...!! hahaha

aku rasa dah aa kot citer pasal masen neh.... gamba dah ader ... info pun dah ader...


jadi aper tunggu lagi.... marilah kita mengundi... dan sekiranya anda fikirkan saudara masen ini layak... undilah no 16... cara-cara nak mengundi pun ader disediakan... walaupun anda dah mempunyai calon lain dalam fikiran tapi sekiranya tercari-cari calon lain yang layak... masen mungkin salah-seorang dari pilihan kamu.... sebab difahamkan tahun ini kita boleh mengundi untuk TIGA calon sekaligus... dasat tuh.... ni mesti kes ramai tak turun mengundi... dan takut nanti orang kater calon menang secara tak adil.... MPP patung laa kayu laa... ko yang bangang tak turun mengundi saper suh... pastu ko nak memekak... kalu rasa semua orang tak betul kenapa ko tak bertanding... dah besar kan??... aaa lu pikir aa sendiri...

kalau aku,aku nak undi YUSMIR... sebab dier nak jadi PM.... nanti boleh aku amek tender amek gambar menteri hahahahah...

UNDI adalah rahsia maner leh bgtau hehehe yang penting turun mengundi....

WreckUnit... sila laa turun mengundi yerk... tak turun undi nanti tak dapat usha awek ngan balak hehehe

Friday, September 12, 2008

Bulan puasa...

Ramadhan berlalu tatkala hati sedang berlagu....

menguji keteguhan iman dan kesucian fikiran...

perghhh... dah macam bersyair laa pulak kan....

bulan puasa ni memang stop from doing everything ke haa?? pelik sgguh

tapi tu laa disebabkan ramai yang terikat dengan final year project.... jadi agak terganggu sedikit aktiviti kiter...

but never fear.... WreckUnit is here...


jadi satu cadangan telah dibuat untuk kiter (Wreckers) berbuka puasa sebelum tibanya Syawal... so here are the details about the event.. tapi masih di peringkat cadangan lagi... kiranya ader idea menarik... siler2 laah komen or leave it on the chat box


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WRECK UNIT(cadangan)
tarkih: 18/19/20/21 september 2008 (khamis/jumaat/sabtu/ahad)
tempat :
-restoran titiwangsa
-restoran tasik idaman
-Nims little Island
-Naili's Place,Damasara Uptown(lama)
-Restoran Rahsia,near KLCC
-Rebung,Bangsar
-Steamboat Alamanda,Putrajaya


ok ini adalah cadangan sahaja.... dan cadangan harga akan dimaklumkan kelak... jadi sila beri cadangan jika ada.. segala maklumat terkini akan diberitahu kelak

Friday, September 5, 2008

ANNOUNCEMENT!!

perhatian... perhatian...

kepada semua wreckers (aper punyer panggilan daaa...)

ini ader satu pengumuman penting...

keterangan adalah seperti dibawah:-


Annual Grand Meeting @ Kelab Wawasan

Jumaat (5/9/2008) @ 6 - 11 PM

Kapasiti : 80 - 120 Orang

Lokasi : Dewan Kuliah 2 COIT

Aturcara Program:

6.00 - 6.45 pm Pendaftaran Pelajar

6.45 - 7.50 pm Ketibaan VIP

-Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.50 - 8.30 pm Perasmian AGM dan Bacaan Doa

-Ucapan Ketua Program

-Ucapan Presiden Kelab Wawasan

-Ucapan HEP

Pembentangan aktiviti kelab wawasan 07/08

Pembentangan belanjawan kelab wawasan 07/08

8.30 - 8.50 pm Persembahan Video Program – program Wawasan

Persembahan Video EXCO Wawasan

8.50 - 9.00 pm VIP beransur pulang

9.00 - 9.45 pm Pengenalan dan Proses Undian bermula

9.45 - 10.00 pm Pengiraan Undi

10.00 - 10.15 pm Pengumuman Exco Kelab Wawasan 2008/09

10.15 - 10.30 pm Penyerahan Fail Exco

10.30 - 10.45 pm Penyerahan Sijil Kepada Bekas Exco

11.00 pm Majlis Bersurai




jadi sila datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana majlis hehehe

tapi tulaa skip satu terawikh.... isk isk... macamanapun kami menjemput anda semua untuk hadir

dan yang lebih menarik juadah berbuka ada disediakan bagi mereka yang hadir untuk AGM ini... tapi jangan berangan korang dapat makan kalau memang datang semata-mata untuk makan sahaja heheheh... dan makanan hanyalah disediakan pada mereka yang berpuasa sahaja...

yang agak2 tak puasa tuh.... yang pegi drive-thru.... pandai2 laa korang carik makanan sendirik hehehehe....

jadi jumpa disana... eh petang ni laa kan... so jumpa petang neh

p/s: topek,sori lambat updated.... busy aaa ngan nyonya clorox hehehe