Monday, October 6, 2008

Rumah Terbuka@WAWASAN (potluck style)

PERHATIAN!!!

Hehehehhehe. (belum pape dah menyengih kan...huhuhu takpe hati ceria)

Ok lah, ni nak announce yang WawasanUniten akan mengadakan satu event santai iaitu Rumah Terbuka@WAWASAN.


Event akan dijalankan seperti berikut :



Tarikh : 12hb Oktober 2008,AHAD

Waktu : Bermula 8 malam (lambat datang makanan kitorang makan habis, naseb lah huhuhu)

Tempat : Akan diconfirmkan kelak, sama ada di tingkat 3 BM atau di cafe COE (yang pasti bukan umah maklang adib,umah adib pun tak bley,swimming pool dier kering... dier minum time bulan puasa)

Tema : Baju raya. (Baju kurung lip lap ke, kebaya ke, kebarung ke, kabaya mak long ke, kbarung sarung makcik korang ke semua boleh, yang lelaki pakai baju melayu lah, nama pun open house raya kan? :P)


Tapi memandangkan kitanya event open house nih potluck style, semua masing-masing kene bawak makanan sorang satu, then makan sama-sama. bab menu ni pulak... kita akan bukak conference nnti... boleh juga dibincangkan ketika waktu rehat selepas abes kelas.... yelah daripada dok mengumpat tu kan... hehehehe...

kalau tak tau menu camner nk bawak haa..... sila berhubung dengan cik nisa.... dier dah ader senarai... tukang masak terkemuka semasa BBQ HOL hehehehe....ada pertanyaan pasal rumah terbuka nih pun boleh. DAN AMARAN KERAS!! DILARANG BAWAK PEROT KOSONG SAMA SEKALI....


conference akan dibuat pada jumaat malam sabtu 10/10/2008 9pm onwards... khamis malam jumaat kami nak baca yasin... hehehe so siler add nisa dalam friendslist anda.... kerana dier akan menjadi moderator pada malam itu... khas untuk bincang menu... HARAP MAKLUM yer...

YM : nisa_martinez
HP : 012-6051550

oppsss... lupa plak.... Sape-sape jek nak datang pun boleh, dialu2kan. Kira macam family day Wawasan gak lah nih. Hehehe.


Rasa nak bawak lebih pon takde masalah, kecil tapak tangan perut nih kami tadah kan >_<