Thursday, September 17, 2009
Raya@Wawasan
Aktiviti: Sambutan Hari Raya
Tarikh: 9 Oktober 2009
Tempat: COE Foodcourt
Masa: 8.00-11.00mlm
Tema: Baju Pagi Raya Pertama (bukan mlm pertama okey..hoho0ho0)
Menu:
Aktiviti ni kite wat secara POTLUCK!!!
Setiap org bwk la kuih ry @ juadah...then kite makan la ramai2 & kongsi sume mknn tu....ala..mcm jamuan raya ms zaman2 sekolah dlu la (^_^)
jd korg smpai jer umah nnt jgn lupe kidnap 1-2 balang kuih yer....
So, nnt nk blk UNITEN pas ry jgn lupe bwk baju melayu,sampin, baju kurung,kebaya,kebarung & ape2 fesyen baju raya korg thn ni ek..jgn dtg pakai bj kelawar sudey...hehehee...
Harap semua dapat meluangkan sedikit masa untuk kita sama-sama keluarga wawasan menyambut hari raya pada tahun ini, dengan kehadiran anda semua diharap dapat memeriahkan lagi program kali ini....raya hanya setahun sekali....
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Diambil dari sini..
Monday, September 14, 2009
Selamat Hari Raya!!!!!

Selamat....Selamat Hari Raya..Kami ucapkan pada semua..Hehehe..wah2..nk raye da..yay2..raya..huhu..setelah kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan(bagi yg pose) akhirnya kita da nk raya..wah..bestny..kjp je kan mase berlalu..
hehe..sy sebagai wakil dri wreck unit nak ucapkan slamat hari raya kepada wreckunitians2 sekalian serta ahli2 wawasan yg len..hehe..x sbr ny nk raya..5 hari lagi..
bagi yg nk beli brng raya 2, jimat2 la sket..tp klo da xnk jimat pon leh bg kt aku..aku leh simpankan..haha..kompem jimat..seyes3x..:p
diharap..lps sume da blk dri cuti raya jom la kita sme2 g umah terbuka kwn2 kite 2 sme2 ek..g rmi2 bru meriah..kasi abes mknn umah org 2..byk pahala depa dpt nnt..n bg sesapa yg nk wt rumah terbuka n nk ajk WU leh la tinggalkan details2 rumah anda seperti alamat, hari, no tpon tuan umah, n yg berkaitan kt blog nie supaya ktorg leh ajk rmi2 abeskan mknn umah anda..hehehe..
hehe..ok la..da xnk byk ckp..SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN(pe slh batin aku kt korg???)..hehe..Berhati-hati ketika pulang memandu k..singgah la kt stesen2 minyak yg ade jual nescafe..:p
salam..=)
Monday, September 7, 2009
Acara Khas : Berbuka Puasa@WAWASAN
Tarikh: 13 September 2009
Tempat: COE Foodcourt
Aturcara Program:
- 6.15ptg-7.10ptg – Ketibaan ahli-ahli
- 7.10ptg-7.20ptg – Persiapan Solat Maghrib Berjemaah
- 7.20ptg-7.40ptg – Solat Maghrib
- 7.40ptg-8.15mlm – Makan
Juadah Berbuka Disediakan!!!
*sape-sape nk bwk kuih sendiri pn boleh..kiotrg sediakan makanan berat :p
p/s: kite semua akan solat dlu baru la kite makan ramai-ramai untuk mengelakkan kite terlajak maghrib nnt maklumlah bile da borak2 kang lupe lak :)
Terbuka kepada SEMUA AHLI & ALUMNI WAWASAN & SOWU
Segala maklumat lanjut atau pun apa-apa sumbangan ikhlas diminta hubungi Pengerusi STTK yang baru, saudara Abdullah Faisal atau lebih dikenali sebagai Wakdol 0129617210
Monday, August 31, 2009
setelah Berbincang ...
kita telah digemparkan ! digemparkan dengan Program2 hebat .. sangat hebat !
banyak event nak dibuat nih ...
1. 6 fokus utama SAHABAT-WreckUnit(*akan diupdate nnt ... Diilhamkan Oleh Saudara Kicap)
agenda 1 ni sangat padat dan menarik ...
2. TRIP to
2.1 UTARA
2.2 Pantai Timur
2.3 Trip To Johor
2.4 Pangkor
2.5 Pulau Perhentian 3day2nite Holiday
3. Sukan
3.1Paintball
3.1 .1Jugra Uniten
3.1.2 Xtion Paintball Bukit Jalil
3.2 Futsal
3.2.1 SportPlanet kajang
3.2.2 Aktif Futsal Bangi
3.2.3 Old Traford maybe
3.3 Sukan Tradisional
3.3.1 Sepak Raga berkumpulan
3.3.2 Konda Kondi to the Ting ting Ting !
3.3.3 N banyak lagi
4. is currently being discuss
5. is currently being discuss
6. is currently being discuss
Thanks for d Idea !
"dan banyak lagi objektif-objektif sihat yg lain"
Maybe we can add more of this event when all of u participate in Wreck Unit .. saLam ~
POT LUCK @ HOK !!!
AUMMM!!! AUMMM !!! AUMMMM!!!
...>(HOK)<...
Kenapa ?
Ini akan mengeratkan ukhuwah sesama kita manusa ... Merapatkan lagi sillaturrahim kita sesama makhluk yg ESA ... Dan byk la lagi yg baik ... hehe
Venue - 153,Jalan Kajang Jaya , Taman Kajang Jaya 43000 Kajang ...
Date N daY - Khamis 03/09/2009
Tradisi WreckUnit
POT LUCK
bawak makanan2 anda n kalu nak share .. buleh laa share2 kan .. hik3 ...
Roti JOHN diwajibkan .. taman warisan la kalu boleh ...hahahah
Marilah kawan2 wreckunit bersama2 join POTLUCK yg telahpon diangkat menjadi acara mingguan ! Harap anda semua dapat Datang K .. Datang jgn tak Datang !
sila paham sendiri k ! eheee
INI LOCATION KE RUMAH HOK
dariPKNS ke HOK
dari uniten ke HOK
Wednesday, August 26, 2009
BUKA PUASA SESI KE-2
sesi pertama berbuka puasa telah pun selesai dengan jayanya, dan setelah beberapa pertimbangan dibuat berkenaan dengan tempat makan, solat dan kawasan yang lebih mudah... maka tempat untuk SESI ke-2 ditukar ke perkarangan bulatan Masjid Putrajaya....
Wednesday
5:30pm ATM Machine Uniten
(for those who want to go to bazaar together)
6:45pm - 7:15pm Masjid Putrajaya
own transport
konsep masih lagi sama iaitu Pot Luck style(membawa makanan sendiri dan berbuka secara beramai-ramai atau berkelah ditepi masjid)... sesiapa yang nk bergerak ke bazaar putrajaya boleh berkumpul di ATM Machine Uniten jam 5:30 petang dan bagi mereka yang bekerja atau mahu ke bazaar lain (bazaar feveret) boleh terus berkumpul di kawasan sekitar bulatan berhadapan masjid, kawasan tempat duduk jam 6:45 petang.
bagi memudahkan anda semua map dibawah disediakan untuk tujuan ke tempat yang dinyatakan...
ke perkarangan Masjid PUTRA,Putrajaya
jadi jumpa kita petang ini dan maaf atas segala kesulitan yang sebelum ini...
terima kasih.
ZARKO dan AZAN (tumpang glamer sket)
Monday, August 24, 2009
Berbuka puasa : TARIKH BARU !
Sunday, August 23, 2009
Jom Berbuka Bersama Sama!
haaaa.. sperti yg di nyatakan di atas, Wreck Unit telah mencapai kata sepakat untuk berbuka puasa beramai-ramai seperti tahun lepas..
these are the details.. :

semua di jemput datang k.. ajak je boifren/gefren, kawan2, junior2, budak rumah anda untuk memeriahkan majlis... :) haaaa.. sile jangan lupe untuk bawak tikar/paper dan lampu untuk keselesaan kite bersama.. hehe..
kepada yang nak join, boleh lah letak name anda di ruang comment post ini.. transport sdn. bhd. yer.... =p
See You Guys There !

SALAM RAMADHAN 1430H
salam ramadhan kepada semua pembaca SOWU dan warga Wawasan yang lain... masuk hari kedua umat ISLAM berpuasa yer... jadi jangan laa ader cubaan - cubaan untuk meninggalkan puasa melainkan bagi kaum wanita yang uzur sahaja..... lelaki takde keuzuran bagi mereka...
Ramadhan bukan lah tiket untuk kita semua mengelak dari melakukan aktiviti... sungguhpun kita diwajibkan berpuasa dari makan,minum,penglihatan dan juga pemikiran.... tidak seharusnya kita berpuasa dari segi melakukan ibadah kerana di bulan puasa ini lebih berkat atas perkara-perkara yang ibadah yang dilakukan oleh setiap individu itu....
jesteru itu... WU telah merangka beberapa aktiviti sempena Ramadhan ini bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli disamping beramal di bulan yang mulia ini.... sungguhpun ini adalah perancangan semata, namun perlaksanaan akan dibuat sekiranya mendapat sambutan dari ramai individu...
antara aktiviti yang dirangka ialah
- berbuka puasa ala Pot Luck di Putrajaya (seperti tahun lepas)
- terawikh di Masjid Uniten dan disusuli dengan TTS
- berbuka puasa secara 'grand' di Medan Ikan Bakar sekitar Melaka
kami di SOWU masih mengharapkan penglibatan anda dalam aktiviti yang disediakan bagi memastikan Wreck Unit tidak mati begitu sahaja.... sebarkan pada semua sahabat yang lain dan idea anda sangat dialu-alukan.... tanpa anda,tiadalah SOWU
Wednesday, August 19, 2009
AD HOC event : BBQ + TTS
TIME : 8:00pm (tolong2 dalam jam 4 pm)
PRICE : RM20 (not finalize, got extra balance will be refund)
bagi mereka yang tidak tahu ke HOL peta ada disediakan dibawah siler rujuk yer..
View Larger Map
atau link ini
jadi untuk pertanyaan siler hubungi
azan - jambo_bana56
zarko - shortiez_nut
atau di talian peribadi mereka (maaf disebabkan banyak iklan MLM yg diterima no peribadi terpaksa dirahsiakan)
jangan lupa bagi nama penuh anda yerk... nama akan di finalize pada jam 12pm esok(20th August 2009)
p/s : bagi mereka yang tidak mempunyai hal atau tidak terlalu sibuk sila datang seawal jam 4 atau 5ptg untuk menghulurkan bantuan
