Saturday, December 20, 2008

TTS is back!!!


thanks to Nicky for the lovely poster...

jadi setelah aper yang diwar-warkan memang benar bahawasanya setelah mendapat kebenaran dari pihak MenCuGung.... kami telah bersepakat untuk mengadakan semula TTS atau Teh Tarik Session.....

Tujuan tak lain tak bukan... mudah sahaja... nak merapatkan hubungan ahli wawasan dengan bekas ahli ahli wawasan, antara yang lama dengan yang baru (since yang lama mengadu asyik tak kenal ramai yang baru dan yang baru tersipu-sipu nak kenal yang lama,biasa aa yang lama ni jual mahal sket) selain dari mengarut, gelak-ketawa, buang masa dan mengumpat...

jadi untuk TTS kali ke-5 atau ke-6 (dib,tlg betulkan yang ke berapa) seperti yang tertera diposter diatas kita akan buat di McDonalds bersebelahan dengan kompleks PKNS.. berikut adalah butiran yang lebih terperinci..

TEH TARIK SESSION
Wednesday, December 24th 2008
9:00 pm - 11:00 pm
McDonalds PKNS,Seksyen 8,B.B.Bangi
(McD ader double prosperity,layan beb!!)

get to know each other
next WU trip
BBQ
T-shirt and new sticker Design

bagi transportasi kita mengamalkan konsep
"mari menumpang kalu tak malu,dan bagi laa tumpang kalau tak kedekut"
jadi segala kerjasama anda amatlah dihargai

dan

TTS ini tiada paksaan sama sekali


kita akan cuba untuk menghubungi alumni tua juga untuk hadir ke TTS ini....

jadi sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada saya menerusi email soulofwu@gmail.com atau YM shortiez_nut

semestinya kita akan memberikan sesuatu kelainan setiap kali ke TTS


pesanan ringkas : sesiapa yang nak gambar TTS nnti sila bawa bersama laptop anda,transfer terus nak tunggu kang makan tahun lak!! hehehe



Wednesday, December 10, 2008

change of time




masa menunggu bas untuk menonton JOZAN

ditukar


berkumpul jam 6:00 ptg

bas akan bertolak jam 6:30ptg ini



lambat tinggal!!!

Monday, December 8, 2008

Bus Seats for JOZAN

Latest Updates(7/12/2008 9:46pm)


here the list that already confirm want to participate in JOZAN's show.

this is the list of the person who to go with bus.
  1. pilot mogat
  2. zam rider maut
  3. skuby koyak mata
  4. azim
  5. zarko
  6. nicky
  7. syahira
  8. bob janggut
  9. aisyah
  10. maisarah
  11. hana (replaced)
  12. fizi
  13. azan
  14. syaq
  15. ida elliana
  16. siti syaheera
  17. intan suraya
  18. nurul fathiha
  19. farah hidayah
  20. siti arikah
  21. farahawati
  22. azi
  23. nira
  24. min
  25. alin
  26. kel
  27. iza
  28. dila
  29. nuar
  30. yati
  31. dani
  32. safuan
  33. andy
  34. atika

seats left : 10 (maaf!!sebelum ni salah kira hehehe)

the list will be update frequently until it reach 44

Mari Menonton Jozan

Adakah anda seorang yang sporting??

Adakah anda giler-giler??

Adakah anda seorang yang suka gelak besar??

Adakah anda seorang yang kaki bahan??

dan yang paling penting...

APAKAH ANDA SEORANG YANG MEMINATI JOHAN DAN ZIZAN RAJA LAWAK?? MUDAH KETAWA DAN SANGAT SUKA DENGAN LAWAK MEREKA (JOZAN)??

dengan bangganya SOWU ingin menjemput anda semua..
untuk menjadi penonton JOZAN..

berikut adalah keterangan lanjut:

tarikh : 10hb disember 2008 hari : rabu waktu rakaman : 8:00pm hingga habis laa(dijangka jam 10:30pm atau 11pm) lokasi : Wisma Ali Bawal II, No. 11,
Ground Floor, Jalan
Tandang, 46050 Petaling Jaya

mod pengangkutan :

bagi pelajar uniten :
bas disediakan (first come,first serve basis) sila beri nama anda sebelum jam 12pm besok(9/12/2008 - selasa) berkumpul di ATM machine selewatnya jam 5:30 ptg,rabu makan malam dan hadiah pintu disediakan


bagi mereka yang nak pergi sendiri:
naik kete sendiri laa
datang cepat untuk makan free dan hadiah pintu
kanak-kanak 12 tahun ke-atas sahaja dibenarkan
remaja dialu-alukan
retua tanpa penyakit kronik juga diundang
dibawah adalah peta utk wisma ali bawal II

picture above taken from chinman


or if you still don't have any clue

click here

sila beri nama anda selewatnya sebelum jam 12pm besok(9hb-selasa) bagi mereka yang nak naik bas.

nama bole diberi di ym saya YM ID : shortiez_nut
atau hubungi saya ditalian hotlink saya(bagi mereka yang tau laa kan,maaf no agak privasi,syarikat belum bagi no free lagi)
dan SMS tidak akan dilayan memandangkan saya takde credit nak reply,so rajin laa sket telefon yerk, alaa nk bg benda free kot.

dan pada mereka yang nak pergi sendiri sila rujuk peta dahulu baru rujuk saya atau rakan-rakan anda yang lain.

jadi marilah kiter memeriahkan rancangan jozan ini

picture above taken from astro

ingat!!
hanya sesuai untuk mereka yang faham lawak jozan yang memang senang nak paham neh...




peringatan : tidak sesuai bagi mereka yang ada sakit jantung atau angin semput tahap 9

Sunday, December 7, 2008

journey to the north...


so called our second trip ... yang dah di KIV buat kali ke berapa ntah...akhirnya berjaya jugak kami memulakan perjalanan kami ke UTARA...
pada perancangan awal dijangka seramai 400 org telah bersungguh-sungguh untuk menyertai trip ini...
tapi disebabkan sistem malfunction,jumlah telah bertukar menjadi 40 org sebenarnya yang nak ikut...
amacam ramai tak..... tulaa.. kitorang dah cakap memang best trip kali ni....

tiba-tiba...
-"woiiii,zarko!!!baper ramai yang dah kompem?"jerit anuar zain
erkk!!!
-setakat ni ramai gak aaa...
- yelah saper??
-aku,ko ngan DC
-what the funnnn....
itulah cerita yang sebenarnya... ramai kan....

maner pergi yang lain??
jangan tanya saya,tanya mereka....

tapi ini cerita kami bertiga.....
-woiii,jangan lupa Durian Burung atau singkatannya DurBur(awas.... jangan salah faham)
dan akhirnya bertambah menjadi 4 org ..... so it is closed to 40 right except for the 0 hehehehe....
macamaner bole bertambah...
baik bercerita tentang permulaan perjalanan dulu....

memang dari awal banyak halangan yang dihadapi... antaranya horizon dah muncul tiba,msg yang panjang berjela,komitmen kerja dan keluarga.... mungkin perancangan aku yang tak betul kot...tapi aku dah bertekad.... azain,kalu kiter berdua pun henjut jelaa... aku nak beli DVD,tapi seb baek DC bersungguh nak ikut... ader gak bertambah...
hari sebelum bertolak.

dengan confident yang amat tinggi.... kurasakan semua apartment,hotel,chalet memang dah reserved satu bilik untuk kami bertiga.... tapi sangkaanku meleset... semua tempat penginapan di penang,baik 5 bintang ke yang takde bintang,tak kenal kami,lebih tepat aku....
dengan gigihnya kami surf internet carik laa info pasal motel... bole laa cuba... tapi semua kene walk-in(peringatan kepada mereka yg nk bercuti,sila book sebulan awal.. tapi kalau kaki gamble macam kami,bole jer nk cuba,tapi hati mau tabah hehehe...)


hari pertama.

mengikut perancangan,bertolak pukul 10 pagi,so bangun mesti aa lebih awal... 8 at least....kejadah haram.... masing2 bangun pukul 10:30.... bole kot sampai penang kol 1 tghari,nk semayang jumaat kat saner...memang tak aaaa.....
aku soh DC dtg rumah.... amek kete aku anta g basuh... kotor sgt kot... sementara nk tunggu kitorg siap...selesai bersiap,kete tak siap jugak... tetiba si steward kapal selam ajak g makan...

bala no. 1
aku termakan sayur berkuahkan tempoyak(which is worst than eating rm10 nasi goreng rusa) damn... sampai skang aku terasa tempoyak dalam tekak aku.... double damn...

bala no. 2
kete aku smpai... fuhhh berkilat.... memang bersih kedai tuh cuci... cayalah DC... sgt bersih,sampai getah kaki dalam kete aku pun takde... damn... takpe g amek DC semula kt umah dier dulu...

bala no. 3
sedang hati dah bersorak gembira nak memulakan perjalanan,suara yang tak best si steward kapal selam kedengaran"zarko,patah balik please... kunci i tertinggal laa"... tahniah laa kan... ko berjaya melambatkan kami yang sedia lambat... damnn

bala no. 4
lepas amek DC dan g amek getah kaki,seb baek ader.... tetiba ramai sangat org kelihatan.... erkkkk.... dengan pantas aku nyanyi lagu... "hamba musafir di aidiladha...." ... satu suara seperti anuar zain menyampuk "tak musafir pun ko main DotA gak kan..." huhuhu.....ya allah... kami memohon kemaafan diatas segala dosa kami...ini bukan bala yg dtg tapi kami yg carik uhuhuhu

bala no. 5
rumah nigga - igtkan dier nak ikut... tapi dier byk keje(konon... mentang2 laaa kan....)tapi takpe sebab dier baek hati bg pinjam cammy dier(part ni bala sebab cammy aku tak siap lagi).... damn...

bala no. 6
rasanya dah terlampau banyak bala kot... so no more bala....


perjalanan kami bertiga dialuni dengan muzik indie dari Xfm,aku suker dengar radio station neh... sebab byk lagu2 best... maka terkeluar laa cerita pasal indie dulu dan indie sekarang... antara indie band yg best zaman sekolah aku dulu ialah Butterfingers.... muzik diorg genius... cuma dulu tak diterima ramai lagi... tapi sekarang lagu diorg tetap best...
aku memang respect diorg neh(aper kaitan ngan trip neh)..

tiba-tiba ader suara...

"aku pun mmg respect diorg,aku hard-die fan diorg kot"jerit DC... erkk!!!

sepi jap kete aku

HARD-DIE FANS??

bukan die-hard fans ker


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA lawak yang pertama dalam trip ini....

perjalanan diteruskan...


-oitt azain!!aper citer DurBur?-aah kan... try call-truutt....tuutttt.... weiii kat aner?-dah sampai tapah-ok turun behrang
selang 20 minit
-weiii dah sampai maner,kitorg patah balik tau g behrang-ok,aku dh sampai sg kurus-ok

dan itu dier perjalanan kami bertambah lagi seorg.... si Durian Burung a.k.a. DurBur...patut laa taknak burn tiket bas dier... naik Durian Burung rupanya.... bagus... maseh kacak lagi...nak tau saper dier.... bakal menantu raja kedah hahahahaha...


next chapter... mee ubang...
Posted by Picasa

Wednesday, November 26, 2008

rumah terbuka wawasan...berapa lama daa mao update


it's been a while since the last updates.... this is kind of community blog... but only a few person doing the contribution due to time constraint and volunteered person to this blog...

but...

I while try to update this blog as frequent as i can.... just wait for the new look of SOWU....

the picture where only a part of it....

TUNGGUUUUUUU........
Posted by Picasa

Tuesday, November 4, 2008

MaRi..!! MaRi..!! MaRi..!!

saLAm..~

hahhaha(org da abis exam mesti a gelak sampai putus urat kentut)

okeh2..
memandangkan semua sibuk menghadapi final exam dan sesetengahnya sibuk dengan final year project hingga tiada masa untuk kita bersama,tiada masa meluahkan perasaan masing2,tiada masa nk bermesra-mesraan sesama kita dan tiada masa...eh,apa lagi ek?? haha..

Oleh itu ,untuk mengembalikan kemesraan di antara kita semua,Teh tarik Session(tts) akan diadakan semula..sape yg xtau tts 2 ape..g tnya mamak buat teh tarik kat maulana 2 k..haha..(gurau jew)Diharap semua rakan2 wreck unit dan wawasan uniten dpt hadirkan diri pada event keramaian tersebut..

butiran event seperti berikut:

hari:sabtu [8/11/08]
masa:5.30ptg ++ sape lambat lepak sorang2..
tempat : upten
aktiviti : akan dibincangkan masa hari kejadian.

SEE YA!

Monday, October 6, 2008

Rumah Terbuka@WAWASAN (potluck style)

PERHATIAN!!!

Hehehehhehe. (belum pape dah menyengih kan...huhuhu takpe hati ceria)

Ok lah, ni nak announce yang WawasanUniten akan mengadakan satu event santai iaitu Rumah Terbuka@WAWASAN.


Event akan dijalankan seperti berikut :



Tarikh : 12hb Oktober 2008,AHAD

Waktu : Bermula 8 malam (lambat datang makanan kitorang makan habis, naseb lah huhuhu)

Tempat : Akan diconfirmkan kelak, sama ada di tingkat 3 BM atau di cafe COE (yang pasti bukan umah maklang adib,umah adib pun tak bley,swimming pool dier kering... dier minum time bulan puasa)

Tema : Baju raya. (Baju kurung lip lap ke, kebaya ke, kebarung ke, kabaya mak long ke, kbarung sarung makcik korang ke semua boleh, yang lelaki pakai baju melayu lah, nama pun open house raya kan? :P)


Tapi memandangkan kitanya event open house nih potluck style, semua masing-masing kene bawak makanan sorang satu, then makan sama-sama. bab menu ni pulak... kita akan bukak conference nnti... boleh juga dibincangkan ketika waktu rehat selepas abes kelas.... yelah daripada dok mengumpat tu kan... hehehehe...

kalau tak tau menu camner nk bawak haa..... sila berhubung dengan cik nisa.... dier dah ader senarai... tukang masak terkemuka semasa BBQ HOL hehehehe....ada pertanyaan pasal rumah terbuka nih pun boleh. DAN AMARAN KERAS!! DILARANG BAWAK PEROT KOSONG SAMA SEKALI....


conference akan dibuat pada jumaat malam sabtu 10/10/2008 9pm onwards... khamis malam jumaat kami nak baca yasin... hehehe so siler add nisa dalam friendslist anda.... kerana dier akan menjadi moderator pada malam itu... khas untuk bincang menu... HARAP MAKLUM yer...

YM : nisa_martinez
HP : 012-6051550

oppsss... lupa plak.... Sape-sape jek nak datang pun boleh, dialu2kan. Kira macam family day Wawasan gak lah nih. Hehehe.


Rasa nak bawak lebih pon takde masalah, kecil tapak tangan perut nih kami tadah kan >_<

Thursday, September 18, 2008

List Nama Wreckunion Ramadhan 1429H

disebabkan tak semua yang ader Gmail account jadi saya dah buat satu senarai nama untuk confirmkan kedatangan anda pada majlis berbuka buasa WreckUnit hari ini..

UPDATES!!

maklumat tambahan :

  • berkumpul di atm jam 5:30pm(sudah tukar)
  • pegi Baazar Putrajaya dulu,yg nk g tempat lain pun dialu-alukan
  • siapa ader hal dan nak dtg lewat... jumpa kat saner terus
  • estimated berada di Taman Putra jam 6:30pm... then kalau gelap sgt kat area masjid we go
  • jika cuaca mengizinkan, kita buat sesi fotografi(pakai laa cun-cun sket hehehe tapi igt kiter g Bazaar dulu hehehe)
  • sila bawa tikar ataupun paper lama, maner laa tau nk lepak atas rumput ker... kater picnic (pejadah picnic bulan pose hehehe)
  • aper2 siler kontek zaki

berikut adalah senarai nama yang dah confirm...

  1. Mohd Zaki - kete sendiri
  2. Yusra Adilah - kete sendiri
  3. Ahmad Masen - kete sendiri
  4. Taufiq Danish - tumpang zaki kot(takpun rider RXZ)
  5. tasha jr - masih mencari kereta utk ditumpang
  6. aizat DC - 125Z
  7. meon - rider
  8. ain apple - masih mencari kereta utk ditumpang
  9. fahmie - rider
  10. fizi - rider(bwk moto ko sengal hehehe)
  11. abe si(lanun berjaya) - kete sendiri
  12. nan - masih mencari kereta utk ditumpang
  13. seth - kete sendiri
  14. jepp dan pasangan - rider(sehati sejiwa)
  15. pekan - rider
  16. nicky - masih mencari kereta utk ditumpang
  17. pekan - 135 LC (bau kedai hehehe)
  18. penampilan istimewa (akhirnya...) Azim Zain - Avanza Gold with spinners(sgt....)
  19. ayet - kete sendiri
  20. nadiah - kete ayet (nadiah je ke hehehe)
  21. kojek - bugati veyron (maklang dier...)

jadi sila inform kepada saya bagi memudahkan kerja utk meng'update' list nama ini...
bagus!! dah melebihi 20 org babe hehe tapi tulaa... mamat LC eksoz perang tuh citer bukan main beria..... tapi dier gak yang tak confirm lagi... tensen aku.... kang aku g makan Baskin Robbin x ajak ko kang haaa... hehehe

Wednesday, September 17, 2008

jom bukak puasa ..

arghhh pening nyer... diorg sembang banyak sgguh songeh huhuhu demmit...

tapi alhamdulillah... masing-masing dah ader kata sepakat... disebabkan faktor kewangan dan faktor transport... maka WreckUnit dah capai kata sepakat...

so here are the details....


Berbuka Puasa WreckUnit Style
Sabtu 20hb september 2008
Taman Putra Perdana(poster silap eja hehehe)
atas bukit dekat roundabout besar putrajaya,near shangri la hotel
PotLuck Style = "makanan bawak sendiri"
kita kenduri kat atas bukit tu ramai-ramai
bawak tikar sekali.. yang ader lampu kecemasan bole bawak(lampu kecemasan??)
so utk mereka yang tak tau tempat tu dimana refer map kat bawah ok


nampak cam gempak kan so... kitorang akan pegi bazaar putrajaya dulu dalam pukul 5:30pm...
jadi mereka2 yang nak join kumpul kat atm pukul 5pm

sesiapa yang nak join majlis neh.. sila letak nama anda di ruangan komen utk post ini.. senang... letak nama dan naek ngan saper... mengenai hal transport.. masing-masing tumpang-tumpangkan laa yerk...


"we make it simple,fast and fun"

Marilah mari.. kita mengundi... tunaikan kewajipan.. pada universiti..

pengumuman....pengumuman...!!

tarikh 18 september 2008 adalah tarikh keramat ....

UNITEN akan bergegar lagi...

kenapa ye...

bukan ader konsert... atau pesta buku... mahupun PC FAIR(jarang-jarang berlaku di uniten)

and for sure ... not another molested/sodomy story... uhh...uhh... no...no..no...

jadi aper sebenarnya yang akan berlaku...


yaa..... salah seorang dari sahabat kita yang selalu mengikuti aktiviti WreckUnit dan juga merangkap salah seorang shooter yang ader.... akan bertanding untuk jawatan MPP di UNITEN...

sedikit butiran tentang beliau

calon NO. 16 (kampus Putrajaya,UNITEN)


Ahmad Hussaini Zulkeply
a.k.a. Mr Masen

Pelajar Jurusan Mekanikal
Alumni Kelab Wawasan(welcome to the kelab laa masen hehehe)
bekas Exco Perhubungan Kelab Wawasan
Ketua Pengarah KRK V


kejayaan??ataupun achievement dalam bahasa orang putih
beliau tidak mempunyai timbunan rekod-rekod bertulis yang tersimpan di UNITEN
atau di rumah beliau sendiri
mungkin sekadar cukup untuk melengkapkan resume bila nak apply ke nanti kot...
tapi beliau seorang yang berdedikasi dalam melakukan kerja...
seorang yang willing to learn... suka berfikir dalam segala faktor demi kerjanya...
dulu aku ingat dia ni adik ANUAR ZAIN .... bukan AZIM ZAIN ok..
tapi yang pasti beliau mempunyai pengalaman bersama kami di WAWASAN dan juga WreckUnit.... nak tau pencapaian beliau?? mostly in WAWASAN laaa... tapi dalam WAWASAN selalu ke dapat pengiktirafan bertulis?? jarang rasanya.... sebab aper ek??
who cares?? yang penting kerja kami terlaksana.. objektif tercapai... and it's not the compliment... it's the result of the job... dan masen antara orang yang menjadi pelaksana yang baik dalam beberapa program kelab dan universiti...seorang yang pandai berkata-kata... bahasa yang sangat tinggi... sama cam yusmir... bahasa M.Nasir dua-dua neh... tapi masen gemar mengambil foto... (aper kaitan??)... banyak kaitan...jurufoto mempunyai deria tambahan untuk melihat sesuatu perkara yang tidak pernah diambil kisah oleh sesetengah orang... dari yang ringan kepada yang berat.... bukan masa pilihanraya kampus jer dia nampak okkay... hehehe
nak tau lebih lanjut??... tanya laa dier sendiri hehehe... dah dengar manifesto kan...
tak cukup jumpa nisa.... his best friend ever juga merangkap jentera penggerak pilihanraya untuk masen ... jangan risau,mereka tiada skandal hehe jadi diharap tiada cubaan untuk menjatuhkan individu ini dengan isu skandal yer...hehehe and he's straight... maaf masen ader awek... aku jumpa dia kat KL... kantoiii...!! hahaha

aku rasa dah aa kot citer pasal masen neh.... gamba dah ader ... info pun dah ader...


jadi aper tunggu lagi.... marilah kita mengundi... dan sekiranya anda fikirkan saudara masen ini layak... undilah no 16... cara-cara nak mengundi pun ader disediakan... walaupun anda dah mempunyai calon lain dalam fikiran tapi sekiranya tercari-cari calon lain yang layak... masen mungkin salah-seorang dari pilihan kamu.... sebab difahamkan tahun ini kita boleh mengundi untuk TIGA calon sekaligus... dasat tuh.... ni mesti kes ramai tak turun mengundi... dan takut nanti orang kater calon menang secara tak adil.... MPP patung laa kayu laa... ko yang bangang tak turun mengundi saper suh... pastu ko nak memekak... kalu rasa semua orang tak betul kenapa ko tak bertanding... dah besar kan??... aaa lu pikir aa sendiri...

kalau aku,aku nak undi YUSMIR... sebab dier nak jadi PM.... nanti boleh aku amek tender amek gambar menteri hahahahah...

UNDI adalah rahsia maner leh bgtau hehehe yang penting turun mengundi....

WreckUnit... sila laa turun mengundi yerk... tak turun undi nanti tak dapat usha awek ngan balak hehehe

Friday, September 12, 2008

Bulan puasa...

Ramadhan berlalu tatkala hati sedang berlagu....

menguji keteguhan iman dan kesucian fikiran...

perghhh... dah macam bersyair laa pulak kan....

bulan puasa ni memang stop from doing everything ke haa?? pelik sgguh

tapi tu laa disebabkan ramai yang terikat dengan final year project.... jadi agak terganggu sedikit aktiviti kiter...

but never fear.... WreckUnit is here...


jadi satu cadangan telah dibuat untuk kiter (Wreckers) berbuka puasa sebelum tibanya Syawal... so here are the details about the event.. tapi masih di peringkat cadangan lagi... kiranya ader idea menarik... siler2 laah komen or leave it on the chat box


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WRECK UNIT(cadangan)
tarkih: 18/19/20/21 september 2008 (khamis/jumaat/sabtu/ahad)
tempat :
-restoran titiwangsa
-restoran tasik idaman
-Nims little Island
-Naili's Place,Damasara Uptown(lama)
-Restoran Rahsia,near KLCC
-Rebung,Bangsar
-Steamboat Alamanda,Putrajaya


ok ini adalah cadangan sahaja.... dan cadangan harga akan dimaklumkan kelak... jadi sila beri cadangan jika ada.. segala maklumat terkini akan diberitahu kelak

Friday, September 5, 2008

ANNOUNCEMENT!!

perhatian... perhatian...

kepada semua wreckers (aper punyer panggilan daaa...)

ini ader satu pengumuman penting...

keterangan adalah seperti dibawah:-


Annual Grand Meeting @ Kelab Wawasan

Jumaat (5/9/2008) @ 6 - 11 PM

Kapasiti : 80 - 120 Orang

Lokasi : Dewan Kuliah 2 COIT

Aturcara Program:

6.00 - 6.45 pm Pendaftaran Pelajar

6.45 - 7.50 pm Ketibaan VIP

-Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.50 - 8.30 pm Perasmian AGM dan Bacaan Doa

-Ucapan Ketua Program

-Ucapan Presiden Kelab Wawasan

-Ucapan HEP

Pembentangan aktiviti kelab wawasan 07/08

Pembentangan belanjawan kelab wawasan 07/08

8.30 - 8.50 pm Persembahan Video Program – program Wawasan

Persembahan Video EXCO Wawasan

8.50 - 9.00 pm VIP beransur pulang

9.00 - 9.45 pm Pengenalan dan Proses Undian bermula

9.45 - 10.00 pm Pengiraan Undi

10.00 - 10.15 pm Pengumuman Exco Kelab Wawasan 2008/09

10.15 - 10.30 pm Penyerahan Fail Exco

10.30 - 10.45 pm Penyerahan Sijil Kepada Bekas Exco

11.00 pm Majlis Bersurai




jadi sila datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana majlis hehehe

tapi tulaa skip satu terawikh.... isk isk... macamanapun kami menjemput anda semua untuk hadir

dan yang lebih menarik juadah berbuka ada disediakan bagi mereka yang hadir untuk AGM ini... tapi jangan berangan korang dapat makan kalau memang datang semata-mata untuk makan sahaja heheheh... dan makanan hanyalah disediakan pada mereka yang berpuasa sahaja...

yang agak2 tak puasa tuh.... yang pegi drive-thru.... pandai2 laa korang carik makanan sendirik hehehehe....

jadi jumpa disana... eh petang ni laa kan... so jumpa petang neh

p/s: topek,sori lambat updated.... busy aaa ngan nyonya clorox hehehe

Monday, August 25, 2008

football friendly match

satu perlawanan persahabatan akan dilangsungkan ...
segala butiran adalah seperti dibawah

footbal match
Wawasan vs Kembara
26th August 2008
tuesday
padang COIT
kumpul kol 5pm (warming up)
kick-off around 5:30pm

kepada mereka yang nak bermain bagi pihak wawasan siler bawak boot masing-masing

and for the ladies... do come cheer for them....

so guys.... show your talent... don't loose face in front of the girls hehehehe.....

KUDA YANG TERLEPAS.....

yaaa.............

yang dinanti telahpun tiba....

WreckUnit photoshoot....

dan seramai 25 orang telah berkumpul untuk sesi fotografi di kandang kuda... dan diulang SERAMAI 25 ORANG!!

so let's enjoy the picture and stop being sarcastic hehehehe.... (asyik klaka jer aku neh hahahaha)


let the race begin....

tet... tenenet.... nenet.....(bunyi semboyan)

dan itu dier kuda-kuda yang telah diorder..

haa... kuda yang ni nama dier Mohd Helmi... tapi i panggil dier 'sayang' hehehehe



oopppssss..... kejap2...

ni memang betul2 photoshoot untuk kuda jer ker....

kater WreckUnit Photoshoot...

apakah mereka itu adalah kuda ataupun mereka baru sajer disumpah menjadi kuda??

pelik tapi benar.. hehehehe

naaa.......... yang ni baru betul...


the preparation..

yang ni prepare aper aku taktau....

girls.... phone and make-up : most important gadget for them

dier protes tak dapat masuk Olympic Beijing ; acara lontar lembing dan lontar jamrah.

sitengah: agak2 ko laa kan... best ker buli diorg neh
sikanan: entah laaa... tapi aku memang enjoy tgk diorg berpanas-panas neh
sikiri : aku nak tido aaa....

adib 'stoner' : haa kalau ko nk laju lagi ko bawak sambil nyanyi lagu Sharifah Aini "Kudaku Lawi"
pekan 'rossi' (with weird 's' pronunciations) : aikkk yeker? bukan "Kudaku Lari"??

ye!! aku memang hensem (dari belakang jelaaa...)

the pride & prejudice :)

kami takde kelas!!hahaha

the blues.... (definitely not Chelsea)

siler perhatikan fahmi !!(6 dari kanan) dier kemaruk naik kuda

zark : ko jangan sampai aku gigit ko dengan gigi aku dari jarak 200 meter!!!.... berpagar
apek : eley siang boley aaa... ko nampak aku... malam tengok...

main shooter and co-shooter = dua2 sengal... kemaruk naik kuda

acara memanjat pagar!! berganti-ganti

kami bukan orang!! kami pagar

fence's people

harap maklum!! kami bukan GAY!!

yang ni... tak pasti... hehehehe

okkay sedia semua!!

LAARIII...!!!!!

dan melompat lebih tinggi

sesi bergambar dengan artis kesayangan...

anis : ohh ... lawanyer aku
farah : eyyy ... aku lagi lawa laaa...
ain : aper pulak ... sebab dalam gamba ni aku plg tinggi .. so aku laa lawa
zuret : saya taktau aper ... sebab saya tau saya lawa
fyra : oii...oii... jangan gaduh... yer.. yer .. aku tau korang nk cakap aku lawa
afra : lantak korang lerr... sebab saper dok atas pagar tak lawa!! giler ader aaa... so aku laa yang lawa... dok bawah

Rider WreckUnit

oiii... oiii aper tuh??

kami jakun... tgk kuda bawak keta iswara hehehe... kuda padi lak tuh

posing paling hennnnseeemmmm skali dari kami...

model ladang kuda di australia... jgn risau.. mereka bukan kuda

us

huhuhu... biler pulak avanza ni ader model sendiri

merpati dua sejoli ...
eh silap.. merpati dua suka joli hehehehe


jadi itulah serba sedikit gaya-gaya mereka yang hadir pada sesi photoshoot ptg jumaat itu...
nak tgk gambar lain?? siler pastikan anda singgah ke link apek... disana mungkin ader...

so for the next photoshoot will be announce later...

mungkin ader photoshoot Ramadhan dan Raya...
hehehe bestnyer....


and special thanx to our shooter
zark
apek
masen


and those who spent their time that day...

KATA SEPAKAT TELAH DICAPAI

dengan ini.... diumumkan!!!!!

ader beberapa perkara yang ingin disampaikan untuk post kali ini

  1. hujung minggu ini tiada program WreckUnit kerana kita akan membantu Kelab Wawasan di Karnival Sukan Mahasiswa Uniten 2008....difahamkan Kelab Wawasan ader membuka gerai... jadi mari kiter serang... kasi havoc....jengjengjeng.... segala butiran dan keterangan tentang aktiviti tersebut akan diberitahu kelak....
  2. untuk program seterusnya... kita akan mengadakan majlis berbuka puasa dan seterusnya sembahyang terawikh berjemaah bersama dengan keluarga WreckUnit.... perbincangan tentang program ini akan dibuat kelak bersama dengan kaki-susah-ponteng-puasa (duhhh....!! hehehehe)
  3. masih ingatkah anda tentang TTS yang telah diusulkan dan dilaksanakan oleh saudara Adib satu ketika dulu?? jadi adalah molek kiranya ingin rasa dihati... nak tau laaa kan... kalau2 mahu diteruskan lagi TTS ini.... persoalannya.... berapa ramai yang sanggup?? tempat TTS adalah disekitar bangi, kajang ataupun UNITEN, jangan risau ... tak sampai hartamas... jauh sangat tuh.... (sarcastic isn't it??... oopssss sorry hehehehe)
jadi kepada mereka yang sanggup meluangkan masa.... tidak terikat dengan komitmen... bolehlah kiranya ader kesudian untuk bersama-sama dalam beberapa aktiviti ini....

sekian,terima kasih.

harap maaf diatas kelewatan....

disebabkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan... SOWU telah ter'kubur' buat beberapa ketika...

ini kerana SOWU masih lagi kekurangan anggota kerja dan sedang meneliti calon-calon yang berminat serta berkebolehan untuk menyumbang tenaga kerja mereka dalam SOWU.....

jadi kepada mereka yang sanggup menyumbangkan tenaga,idea dan mengorbankan waktu-waktu gembira bersama yang tercinta (tiba-tiba lak kan...) silalah email ke soulofwu@gmail.com ....

kami di SOWU amat memohon maaf diatas segala kesulitan... kerana admin yang ada sekarang sedang kusyuk bermain DotA... dah laaa asyik kalah jer... (tapi ngan megat aku menang hahahaha)

SOWU akan dikemaskini dalam beberapa ketika lagi dengan berita-berita dan perancangan terbaru...

sekian,terima kasih kerana menunggu dan maaf atas kelewatan.

Thursday, August 14, 2008

Houston... we have a problem... (tapi kita kat Malaysia laa..)

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

berita yang baru diterima ....

KARNIVAL MAHASISWA UNITEN '08 juga akan diadakan pada tarikh yang sama WreckUnit PD Trip '08 dijalankan...

difahamkan ramai yang akan terlibat untuk aktiviti itu dan Kelab Wawasan kita sendiri dijangkakan akan membuka satu booth disitu... jadi saya ingin membuat quicksurvey bagi melihat sekiranya perlu atau tidak trip kita diteruskan...

harap anda memberi kerjasama dengan memilih jawapan yang telah disediakan dengan sewajarnya....




poll ini akan ditutup pada hari Ahad ini bersamaan 17 ogos 2008....

jadi...

"marilah mari... kita mengundi... tunaikanlah kewajipan..... pada WreckUnit.... okkay one more time ....(ikut rentak lagu pilihanraya ek...)"

PD survey team

Adalah dengan ini diumumkan bahawa kepastian tentang WreckUnit PD Trip '08 semakin jelas..

kami akan berangkat ke Port Dickson pada hari jumaat bagi melihat kesesuaian dan ader ataupun tak tempat tinggal untuk trip kiter ke PD...

takde siapa yang tahu pasal WreckUnit PD trip??

ini detailsnyer.... tapi masih lagi di peringkat perancangan... belum ada konformasinya lagi...

WreckUnit PD Trip '08
Port Dickson,Negeri Sembilan
30 - 31 August 2008 (saturday & sunday
)
accommodation@PD still in discussion
also with the budgeting (we will update soon)
convoy with car, motorcycle and even bicycle hehehehe
estimated 40 - 50 persons



jadi itu keterangannya serba sedikit....

so doalah kejayaan kami membuat survey disana ... sebab memandangkan waktu tu cuti hari merdeka.... takut penuh beb..

info tentang trip ini akan di update selewat-lewatnya ahad ini....

jadi... tengok-tengok laa selalu ek bagi mengelakkan kekecewaan...