Thursday, May 23, 2013

RAW - Retreat Alumni Wawasan

Pepatah melayu ada mengatakan "Air dicincang tidak akan putus". Begitu juga dengan hubungan kita dalam Wawasan selama ini. Begitu banyak cabaran dan halangan yang kita tempuhi sepanjang penglibatan bersama Wawasan Uniten, namun kita tetap teguh bersama. Biarpun kita boleh diumpamakan seperti air yang mengalir, kita telah membawa haluan masing-masing setelah tamatnya pengajian kita di Universiti Tenaga Nasional.

Kita sedia maklum bahawa Wawasan UNITEN sudah mencecah 10 tahun penubuhannya tahun ini. Justeru, beberapa ahli alumni telah bersepakat untuk mengadakan satu perjumpaan bersempena 10 tahun penubuhan Wawasan Uniten bersandarkan kepada pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Program yang diberi nama Retreat Alumni Wawasan (RAW) adalah bertujuan untuk mengumpulkan semula semua bekas ahli Kelab Wawasan Uniten atau alumni Wawasan Uniten di bawah satu tiket SAHABAT. Banyak cerita yang hendak disampaikan, banyak berita yang mahu dikongsikan dan banyak kenangan yang ingin diimbaukan. Jadi, inilah masanya untuk kita semua berkumpul dan memeriahkan lagi suasana di samping mengutuhkan lagi ikatan ukhuwah yang telah sedia terjalin.

Sila bawa bersama bayaran sebanyak RM 15 seorang bagi tujuan pendaftaran, makanan (minum pagi, makan tengahari dan minum petang) serta kos-kos pengurusan. Tentatif program rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat (jangkaan : 9pagi - 4petang). Sila sahkan kehadiran anda melalui Facebook atau berhubung terus dengan Ketua Pengarah program seperti di bawah :
En Hafiz (kicap) : +60 13-389 8525
En Fazreen (bob) : +60 12-314 3224
Segala kerjasama dan pertimbangan rakan-rakan sekalian amat dihargai.

Dahulu kita mentah dan kecil, kemudian kita kental dan berjuang, dan kini kita matang dan terus membesar.

"We start as RAW and soon we will roarrrrr"
 
Agrotech Garden Resort Hulu Langat 
Saturday, June 15, 2013
9:00am until 4:00pm  
 
Sila confirmkan kehadiran sahabat-sahabat sekalian di link ini
 

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT