Monday, January 12, 2009

SERVIS BERTUKAR TANGAN

Oleh kerana proses kemaskini komputer sedang dijalankan....

ditambah dengan pencarian Administrator SOWU yang baru...

ini membawa kepada satu berita baik dan satu berita buruk!!

berita baik
Insyaallah,SOWU akan dikemaskini dengan lebih mantap dan berisi dengan segala macam maklumat

berita buruk
pencarian Admin baru SOWU masih lagi dibuka kepada yang berminat
namun terdapat beberapa kriteria bagi mereka yang berminat iaitu:-
  • tidak terikat dengan apa-apa jawatan didalam Kelab Wawasan (kecuali mereka dibawah STTK).
  • mempunyai idea kreatif.
  • rajin untuk mencari bahan.
  • semangat sukarela yang tinggi menggunung.
  • tidak perlu kacak atau cun tahap EVA.(aper kaitan??)
  • sanggup untuk melibatkan diri dalam kedua-dua aktiviti Kelab Wawasan dan WreckUnit.
  • tahan kene maki dengan kritikan 'anon' (jika ada).
setakat ini, masih ader beberapa pemangku SOWU yang sedang menjalankan tugas mereka.
ini kerana keluarga Kelab Wawasan dan WreckUnit semakin meningkat bilangan dari masa ke masa. Jadi, penglibatan anda dalam SOWU amat dihargai.


namun sebelum pencarian ini berakhir, satu sesi "picture-transfer" akan dijalankan bagi ahli wawasan yang berkehendakan gambar2 mereka semasa penglibatan dalam aktiviti Kelab Wawasan dan juga WreckUnit. Koleksi gambar tidak terhad kepada aktiviti rasmi sahaja. aktiviti berfoya-foya juga ada dalam koleksi tersebut.


bagi mereka yang bukan ahli wawasan dan merasakan anda mempunyai gambar yang telah dirakamkan oleh pihak 'kami' (perghhh ayat taknak kalah...) boleh juga turut menyertai sesi ini.

namun bagi tujuan menjaga 'P&C' bagi sesetengah individu... masa dan tempat sesi ini akan diberitahu pada waktu tertentu melalu YM...

jadi mereka yang inginkan gambar mereka boleh laa menghubungi saya di YM yerk.... YM ID shortiez_nut (sekali lagi ditekankan... bukan tujuan nak glamer cepat... harap maklum!!)

berikut sedikit informasi mengenai sesi tersebut
  • jumlah gambar dalam simpanan dianggarkan melebihi 200GB
  • disyorkan supaya membawa Laptop sendiri atau HDD bersaiz besar (maaf!! pemilik thumbdrive 2GB dikhuatiri akan dikecewakan sekiranya mereka GIGAM!!)
sebarang maklumat tambahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. sebarang pertanyaan boleh dibuat di YM yang tertera di atas.

sekian terima kasih.

No comments: