Wednesday, April 29, 2009

CHECKLIST FOR kem S.A.T.U.

diatas permintaan ramai dan memandangkan SOWU adalah rangkaian termudah dan paling jimat untuk memberi maklumat, berikut adalah butiran pergerakan untuk hari Jumaat (1st may 2009) dan pada hari Ahad (3rd May 2009).


bayaran RM30 adalah untuk aktiviti selama 3 hari 2 malam sahaja.
kos pengangkutan tidak termasuk dalam jumlah tersebut.
Dalam erti kata lain, tambang sendiri-sendiri.
sila sediakan wang kecil secukupnya yer.....



masa pergerakan Jumaat (1/5/2009)*
  • 0700 berkumpul, mendaftar dan sesi pembayaran di stesen LRT/Komuter Bandar Tasik Selatan
  • 0730 taklimat pergerakan dan sesi 'bag tagging'
  • 0830 bergerak ke Stesen Plaza Rakyat dan berkumpul di PuduRaya (kaunter bas Tg Malim)
  • 0930 bas terakhir bertolak dari PuduRaya ke Tg Malim
  • 1300(anggaran) tiba di Stesen bas Tg Malim
  • sesi taklimat seterusnya di Tg Malim akan diberitahu setibanya di sana

masa pergerakan Ahad(3/5/2009)*
  • 1400 keluar dari campsite
  • 1500 bertolak dari Tg Malim
  • 1830(anggaran) tiba di PuduRaya

* semua masa adalah anggaran bagi memudahkan anda untuk memahami pergerakan pada hari kejadian.
Tertakluk pada perubahan.

saudara Adib dan Topek akan memantau pergerakan pada hari tersebut. Mereka akan dibantu oleh beberapa orang urusetia yang lain bagi memastikan pergerakan lancar. Di sini disertakan sekali no tel mereka sekiranya anda mempunyai masalah pergerakan terutama sebelum berkumpul pada hari jumaat di Stesen Tasik Selatan.
  • Adib 012 - 920 9418
  • Topek 017 - 3282837



Checklist barang-barang

seterusnya ialah senarai barang-barang keperluan yang perlu dibawa untuk kem S.A.T.U.
  • pakaian lasak/sukan untuk 3 hari 2 malam
  • tracksuit (disarankan juga membawa tightpant bagi mengelakkan 'melecet')
  • keperluan sembahyang
  • alatan pembersih diri (toiletries)
  • kasut sukan
  • selipar
  • ubat-ubat persendirian (jika ada)
  • lampu suluh (torch light)
  • bag plastik (baju kotor)
  • baju hujan (jika perlu)
  • insect repellent (sangat disarankan)
  • pinggan & cawan plastik (WAJIB)
  • 'stock' yang mencukupi bagi lelaki (kedai jauh)

Jadi senarai barang-barang di atas adalah mengikut keperluan individu kecuali yang diwajibkan. pastikan anda membawa keperluan yang cukup kerana kawasan kedai adalah sangat jauh dari campsite dan mengambil masa yang lama untuk keluar membeli-belah. Namun, sebarang keperluan tambahan boleh dibeli di Pekan Tg Malim.



Sila sebarkan kepada rakan anda yang lain yang telah memberi nama untuk program ini. senarai nama akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

2 comments:

almie ariff said...

nk tanya,kita kena bawak beg sendiri dari sini ke sana ke mcmne?pastu kita beli tiket bas sendiri ke hari jumaat tu?

soulofwreckunit said...

laa bob, ko ni geram laa... bawak beg sendiri aaa WU blom ader budget nak sponsor bus ticket apatah lagi bag camping berjenama deuter hehehehe

as for ticket... itu akan diuruskan oleh en adib... sila hubungi dia untuk keterangan lanjut yerk.. hehehe