Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN 1430H

Assalamualaikum w.b.t.

salam ramadhan kepada semua pembaca SOWU dan warga Wawasan yang lain... masuk hari kedua umat ISLAM berpuasa yer... jadi jangan laa ader cubaan - cubaan untuk meninggalkan puasa melainkan bagi kaum wanita yang uzur sahaja..... lelaki takde keuzuran bagi mereka...

Ramadhan bukan lah tiket untuk kita semua mengelak dari melakukan aktiviti... sungguhpun kita diwajibkan berpuasa dari makan,minum,penglihatan dan juga pemikiran.... tidak seharusnya kita berpuasa dari segi melakukan ibadah kerana di bulan puasa ini lebih berkat atas perkara-perkara yang ibadah yang dilakukan oleh setiap individu itu....

jesteru itu... WU telah merangka beberapa aktiviti sempena Ramadhan ini bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli disamping beramal di bulan yang mulia ini.... sungguhpun ini adalah perancangan semata, namun perlaksanaan akan dibuat sekiranya mendapat sambutan dari ramai individu...

antara aktiviti yang dirangka ialah
  • berbuka puasa ala Pot Luck di Putrajaya (seperti tahun lepas)
  • terawikh di Masjid Uniten dan disusuli dengan TTS
  • berbuka puasa secara 'grand' di Medan Ikan Bakar sekitar Melaka
dan setakat ini itu lah idea yang boleh disumbangkan... namun sekiranya ader idea-idea yang lebih baik boleh lah disumbangkan ke soulofwu@gmail.com atau berikan komen pada post kali ini... mungkin kita boleh menziarahi rumah anak yatim yang pernah di ziarahi oleh Kelab Wawasan sebelum ini...

kami di SOWU masih mengharapkan penglibatan anda dalam aktiviti yang disediakan bagi memastikan Wreck Unit tidak mati begitu sahaja.... sebarkan pada semua sahabat yang lain dan idea anda sangat dialu-alukan.... tanpa anda,tiadalah SOWU

No comments: