Tuesday, February 10, 2009

WRECK UNIT bersama ALUMNI WAWASAN : entree #3

masih lagi Ahad.
8 februari.
8 malam
tapak khemah, PSB.


setelah berjaya meyakinkan dengan tuan tanah (merangkap makcik Ain epal), kami terus di bawa melihat tapak khemah. Namun sedikit kekecewaan kerana tapak yang telah di booking di'rampas' oleh beberapa individu yang kelihatan agak elite (dan sepatutnya ada otak). mungkin salah kami tiba sedikit lewat tapi tak perlu rasanya memberi jawapan agak kurang hajar hanya kerana dah bayar duit sewa tapak. Akai ada ka?? mungkin gaya saja lebih tapi takde rasa hormat kot...

lelaki menyapu...

perempuan pasang khemah... best kan hehehe

perbincangan tentang aper yang nak dicerabihkan

cukup dengan gelagat manusia 'dewasa', kami terus ke restoran pakcik Zaini(yang juga pakcik Ain epal). Mungkin agak kejutan budaya menerima begitu ramai pengunjung, hinggakan makanan tiba agak lewat. Hingga hampir jam 11 malam, masih ader yang belum mendapat makanan. kami bermula sesi bersembang bersama Alumni Wawasan hampir jam 12 malam.

sesi mendengar cerabihan dari penganjur

izzat nawi muka lapar

Sebelum tu kitorang main game sambung cerita yang di kendali oleh Kicap. Memula agak klaka, cerita pasal topek dan nicky, pastu Kicap leh bantai buat setiap perkataan mula huruf J dan diakhiri dengan tema 'Aku dalam Wawasan'. Itulah Kicap, dalam kelakar dier masih mampu menyelitkan sedikit mesej dan kesedaran dalam diri setiap orang. Dan, Alumni Wawasan terdiri dari mereka yang mempunyai perbezaan perwatakan tapi tujuan mereka tetap sama. Perjuangan 'Alif, Ba, Ta'.

muka toge dan syud gembira kerana anak mereka juga setuju nak join Wawasan

rider yang keletihan

pakcik Zaini yang gembira dengan kedatangan bebudak yang huru-hara(dier yang berkungfu kat dapur)

sebenarnya lapar tapi kontrol ayu

mereka seronok dapat makan nasi goreng yang amat pedas..

Zara yang menjadi perhatian ramai....aikk zul senyum lebih nampak hehe

kemudian dimulakan dengan mencipta tepuk semangat yang mana agak sengal oleh azan dan kicap. kicap mempengerusikan majlis pada malam itu. dan diteruskan dengan permainan 'Seman Say'. memang klaka aaa sebab takde saper yang menang hahahaha.... Saudara Toge orang pertama yang berucap pada malam itu (juga merupakan pejuang pertama Kelab Wawasan). Banyak perkara yang telah disentuh mengenai Organisasi, Sahabat, Perjuangan dan aper itu Wawasan. Mungkin lebih afdal bagi mereka yang hadir pada malam itu untuk menceritakan kepada mereka yang tidak dapat turut serta tapi ingin mendapat maklumat mengenai apa yang telah disampaikan (sila-sila, jangan malu-malu yerk).

Daus turut buat muka kiut lepas makan

nissa main game sambung cerita

'Seman Say'

tepuk semangat.... hooooo ... wekkkkk

cubaan pertama menjadi gay oleh syaq

orang muda tapi 'lama'

orang kuat WU PD trip '09

cubaan menghasut zarko menjadi gay... ok berjaya

dan bob sr turut serta menjadi gay... padahal kat luar tengah bercerabih neh


sekejap serius sekejap gelak. mungkin itu tema yang sesuai untuk malam itu (tapi rasa cam banyak gelak). beberapa objektif telah tercapai pada malam itu. mungkin masih ada 2 - 3 yang tak dapat diungkai tapi sekurang-kurangnya jika mereka tidak dapat terima semua, pasti mereka tidak akan tolak semua. siap kene sound dengan orang khemah bawah (hahaha apsal klaka bunyiknyer....) takper2 kita bayar kehkehkehkeh.....

kicap selaku pengerusi majlis malam tu

sesi soal jawab

muka baru... husna

muka tak berapa nak baru... ain epal

lagi laa tak baru kot... nadiah dan olin, alumni wanita

meon bincang kat maner nak curi ayam untuk besok bersama penduduk tempatan, Lan

"ya... saya sangat benci US... saya bekerja di MNC base di US.. sekian"


berakhir hampir jam 3 pagi (satu sesi yang agak lama dimana Alumni agak bercerabih malam tu) para Alumni kemudian sambung lagi ke meja sidang di kedai mamak di pekan PD (memang diorg ni tipikal org malaysia ehehehe). Agak sedih kerana saudara Eddy, Megat dan saudari Teena terpaksa pulang pada pagi itu juga diatas komitmen kerja keesokkan harinya. Terima kasih daun keladi kerana mereka sanggup meluangkan masa walaupun sibuk yang nyata sibuk.
tapi yang best Yus leh buat lawak kamus.... artis baru malaysia Faridah Gous (Fauziah Gous) dan satu lagi tak silap Faridah Nawi (Fauziah Nawi hehehe yus kalu salah sori ek tapi ko memang klaka malam tu hahahaha)

sipi lagi nak jadi pelakon utama sifu dan tongga.... kening cantum tak cukup tebal

sipi lagi nak jadi pelakon Sumolah

dier pelakon Ong Bak 2... sebab pernah bercakap dengan rimau

nak berak pon posing gak ker

persiapan untuk bakar orang... eh silap... ayam

betul ... kami tak kentut

leganya dapat masuk bilik air

balik tido laa geram.....

"ok besok kita lumba saper makan ayam paling banyak" kata bob

perbarisan cheerleaders

dan malam itu mungkin dianggap berakhir bagi mereka-mereka yang datang dan tido awal tapi tidak bagi Dewa Api dan para Gods of Gambler yang tidak tido sampai ke keesokkannya...

sesi mencari kedamaian

bersama Dewa-dewa Api


jadi untuk cerita esok...



kita sambung on next entree...

WRECK UNIT bersama ALUMNI WAWASAN : entree #2

WreckUnit PD Trip '09 bersama Alumni Wawasan


Ahad.
8 februari 2009.
5 petang.
ATM machine, UNITEN.




jadi setelah berhempas-pulas mencari peserta, kami semua berkumpul di depan ATM machine, UNITEN. seperti biasa, meon adalah orang yang paling awal sampai..... hahahaha pegi mam.... tahniah pada mereka yang berjaya datang awal hehehe... jangan marah aaa... mungkin itu satu tabiat yang masih lagi sukar utk dibuang dalam diri budak wawasan hehehe.....

antara yang berkumpul di ATM machine

antara yang berkumpul di depan HOL... (ader 2- 3 org hanya sebagai hiasan)

sebanyak 11 buah kereta dan 7 buah motosikal yang bertolak pada petang itu(tapi ader gak yang bersepah-sepah). ader diantara mereka yang mengambil inisiatif untuk melekatkan riben pada setiap kenderaan yang turut serta dalam konvoi tersebut... agak kelakar tapi comel gak aaa.... heheheh so kalo nmpak kereta ader riben kat arial tuh..... haa owner dier ikut konvoi kitorg aa tuh....

tapi tak semua kereta bertolak sekali.... dan agak terkejut kerana setibanya di ATM machine majoriti adalah pemandu kancil... sampai skuby yang pada awalnya taknak bawak kete... excited laa jugak....

waktu ketika kami masuk highway

kami bertolak agak lewat iaitu dalam 5 lebih.... kami berhenti di R&R seremban untuk sedikit minum petang dan solat asar serta menanti geng motosikal.... dan perjalanan diteruskan semula...

pit stop di R&R seremban

mereka bergurau senda kerana lemau menunggu

exit port dickson

terima kasih akak

lead by kancil TAA.... dengan asap sembur nyamuk... itu bukan aper... senang korang nak detect asap kalau sesat.... best konvoi neh... siap bob jr bole buat lawak masa masuk SPDH tuh... eddy yang begitu eksen sebab kete dier cc paling besar ... tapi lembap gak hahahaha....

pemandangan dari Seremban-Port Dickson Highway(SPDH)

kami tiba di Pantai Sri Purnama (PSP) lebih kurang jam 7:20 ptg.... dan alhamdulillah ... semuanya selamat sampai walaupun ader 2 - 3 buah kereta yang sesat dan geng motor sampai agak lambat.

semua pelampung itu, eddy beli utk berenang di laut... berat kan..

duta Myvi ke PD

"kami lega dah tak perlu bau asap TAA"

"kami pun lega"

geng alumni yang pantang tengok camera

e'ein yang gembira setelah sekian lama terpisah dengan jepp..... 2 hari!!

yer!! kami gediks...

sedikit taklimat oleh saudara Bob sr setibanya di Pantai Sri Purnama



cont.......