Friday, September 12, 2008

Bulan puasa...

Ramadhan berlalu tatkala hati sedang berlagu....

menguji keteguhan iman dan kesucian fikiran...

perghhh... dah macam bersyair laa pulak kan....

bulan puasa ni memang stop from doing everything ke haa?? pelik sgguh

tapi tu laa disebabkan ramai yang terikat dengan final year project.... jadi agak terganggu sedikit aktiviti kiter...

but never fear.... WreckUnit is here...


jadi satu cadangan telah dibuat untuk kiter (Wreckers) berbuka puasa sebelum tibanya Syawal... so here are the details about the event.. tapi masih di peringkat cadangan lagi... kiranya ader idea menarik... siler2 laah komen or leave it on the chat box


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WRECK UNIT(cadangan)
tarkih: 18/19/20/21 september 2008 (khamis/jumaat/sabtu/ahad)
tempat :
-restoran titiwangsa
-restoran tasik idaman
-Nims little Island
-Naili's Place,Damasara Uptown(lama)
-Restoran Rahsia,near KLCC
-Rebung,Bangsar
-Steamboat Alamanda,Putrajaya


ok ini adalah cadangan sahaja.... dan cadangan harga akan dimaklumkan kelak... jadi sila beri cadangan jika ada.. segala maklumat terkini akan diberitahu kelak

Friday, September 5, 2008

ANNOUNCEMENT!!

perhatian... perhatian...

kepada semua wreckers (aper punyer panggilan daaa...)

ini ader satu pengumuman penting...

keterangan adalah seperti dibawah:-


Annual Grand Meeting @ Kelab Wawasan

Jumaat (5/9/2008) @ 6 - 11 PM

Kapasiti : 80 - 120 Orang

Lokasi : Dewan Kuliah 2 COIT

Aturcara Program:

6.00 - 6.45 pm Pendaftaran Pelajar

6.45 - 7.50 pm Ketibaan VIP

-Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.50 - 8.30 pm Perasmian AGM dan Bacaan Doa

-Ucapan Ketua Program

-Ucapan Presiden Kelab Wawasan

-Ucapan HEP

Pembentangan aktiviti kelab wawasan 07/08

Pembentangan belanjawan kelab wawasan 07/08

8.30 - 8.50 pm Persembahan Video Program – program Wawasan

Persembahan Video EXCO Wawasan

8.50 - 9.00 pm VIP beransur pulang

9.00 - 9.45 pm Pengenalan dan Proses Undian bermula

9.45 - 10.00 pm Pengiraan Undi

10.00 - 10.15 pm Pengumuman Exco Kelab Wawasan 2008/09

10.15 - 10.30 pm Penyerahan Fail Exco

10.30 - 10.45 pm Penyerahan Sijil Kepada Bekas Exco

11.00 pm Majlis Bersurai




jadi sila datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana majlis hehehe

tapi tulaa skip satu terawikh.... isk isk... macamanapun kami menjemput anda semua untuk hadir

dan yang lebih menarik juadah berbuka ada disediakan bagi mereka yang hadir untuk AGM ini... tapi jangan berangan korang dapat makan kalau memang datang semata-mata untuk makan sahaja heheheh... dan makanan hanyalah disediakan pada mereka yang berpuasa sahaja...

yang agak2 tak puasa tuh.... yang pegi drive-thru.... pandai2 laa korang carik makanan sendirik hehehehe....

jadi jumpa disana... eh petang ni laa kan... so jumpa petang neh

p/s: topek,sori lambat updated.... busy aaa ngan nyonya clorox hehehe

Monday, August 25, 2008

football friendly match

satu perlawanan persahabatan akan dilangsungkan ...
segala butiran adalah seperti dibawah

footbal match
Wawasan vs Kembara
26th August 2008
tuesday
padang COIT
kumpul kol 5pm (warming up)
kick-off around 5:30pm

kepada mereka yang nak bermain bagi pihak wawasan siler bawak boot masing-masing

and for the ladies... do come cheer for them....

so guys.... show your talent... don't loose face in front of the girls hehehehe.....

KUDA YANG TERLEPAS.....

yaaa.............

yang dinanti telahpun tiba....

WreckUnit photoshoot....

dan seramai 25 orang telah berkumpul untuk sesi fotografi di kandang kuda... dan diulang SERAMAI 25 ORANG!!

so let's enjoy the picture and stop being sarcastic hehehehe.... (asyik klaka jer aku neh hahahaha)


let the race begin....

tet... tenenet.... nenet.....(bunyi semboyan)

dan itu dier kuda-kuda yang telah diorder..

haa... kuda yang ni nama dier Mohd Helmi... tapi i panggil dier 'sayang' hehehehe



oopppssss..... kejap2...

ni memang betul2 photoshoot untuk kuda jer ker....

kater WreckUnit Photoshoot...

apakah mereka itu adalah kuda ataupun mereka baru sajer disumpah menjadi kuda??

pelik tapi benar.. hehehehe

naaa.......... yang ni baru betul...


the preparation..

yang ni prepare aper aku taktau....

girls.... phone and make-up : most important gadget for them

dier protes tak dapat masuk Olympic Beijing ; acara lontar lembing dan lontar jamrah.

sitengah: agak2 ko laa kan... best ker buli diorg neh
sikanan: entah laaa... tapi aku memang enjoy tgk diorg berpanas-panas neh
sikiri : aku nak tido aaa....

adib 'stoner' : haa kalau ko nk laju lagi ko bawak sambil nyanyi lagu Sharifah Aini "Kudaku Lawi"
pekan 'rossi' (with weird 's' pronunciations) : aikkk yeker? bukan "Kudaku Lari"??

ye!! aku memang hensem (dari belakang jelaaa...)

the pride & prejudice :)

kami takde kelas!!hahaha

the blues.... (definitely not Chelsea)

siler perhatikan fahmi !!(6 dari kanan) dier kemaruk naik kuda

zark : ko jangan sampai aku gigit ko dengan gigi aku dari jarak 200 meter!!!.... berpagar
apek : eley siang boley aaa... ko nampak aku... malam tengok...

main shooter and co-shooter = dua2 sengal... kemaruk naik kuda

acara memanjat pagar!! berganti-ganti

kami bukan orang!! kami pagar

fence's people

harap maklum!! kami bukan GAY!!

yang ni... tak pasti... hehehehe

okkay sedia semua!!

LAARIII...!!!!!

dan melompat lebih tinggi

sesi bergambar dengan artis kesayangan...

anis : ohh ... lawanyer aku
farah : eyyy ... aku lagi lawa laaa...
ain : aper pulak ... sebab dalam gamba ni aku plg tinggi .. so aku laa lawa
zuret : saya taktau aper ... sebab saya tau saya lawa
fyra : oii...oii... jangan gaduh... yer.. yer .. aku tau korang nk cakap aku lawa
afra : lantak korang lerr... sebab saper dok atas pagar tak lawa!! giler ader aaa... so aku laa yang lawa... dok bawah

Rider WreckUnit

oiii... oiii aper tuh??

kami jakun... tgk kuda bawak keta iswara hehehe... kuda padi lak tuh

posing paling hennnnseeemmmm skali dari kami...

model ladang kuda di australia... jgn risau.. mereka bukan kuda

us

huhuhu... biler pulak avanza ni ader model sendiri

merpati dua sejoli ...
eh silap.. merpati dua suka joli hehehehe


jadi itulah serba sedikit gaya-gaya mereka yang hadir pada sesi photoshoot ptg jumaat itu...
nak tgk gambar lain?? siler pastikan anda singgah ke link apek... disana mungkin ader...

so for the next photoshoot will be announce later...

mungkin ader photoshoot Ramadhan dan Raya...
hehehe bestnyer....


and special thanx to our shooter
zark
apek
masen


and those who spent their time that day...

KATA SEPAKAT TELAH DICAPAI

dengan ini.... diumumkan!!!!!

ader beberapa perkara yang ingin disampaikan untuk post kali ini

  1. hujung minggu ini tiada program WreckUnit kerana kita akan membantu Kelab Wawasan di Karnival Sukan Mahasiswa Uniten 2008....difahamkan Kelab Wawasan ader membuka gerai... jadi mari kiter serang... kasi havoc....jengjengjeng.... segala butiran dan keterangan tentang aktiviti tersebut akan diberitahu kelak....
  2. untuk program seterusnya... kita akan mengadakan majlis berbuka puasa dan seterusnya sembahyang terawikh berjemaah bersama dengan keluarga WreckUnit.... perbincangan tentang program ini akan dibuat kelak bersama dengan kaki-susah-ponteng-puasa (duhhh....!! hehehehe)
  3. masih ingatkah anda tentang TTS yang telah diusulkan dan dilaksanakan oleh saudara Adib satu ketika dulu?? jadi adalah molek kiranya ingin rasa dihati... nak tau laaa kan... kalau2 mahu diteruskan lagi TTS ini.... persoalannya.... berapa ramai yang sanggup?? tempat TTS adalah disekitar bangi, kajang ataupun UNITEN, jangan risau ... tak sampai hartamas... jauh sangat tuh.... (sarcastic isn't it??... oopssss sorry hehehehe)
jadi kepada mereka yang sanggup meluangkan masa.... tidak terikat dengan komitmen... bolehlah kiranya ader kesudian untuk bersama-sama dalam beberapa aktiviti ini....

sekian,terima kasih.

harap maaf diatas kelewatan....

disebabkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan... SOWU telah ter'kubur' buat beberapa ketika...

ini kerana SOWU masih lagi kekurangan anggota kerja dan sedang meneliti calon-calon yang berminat serta berkebolehan untuk menyumbang tenaga kerja mereka dalam SOWU.....

jadi kepada mereka yang sanggup menyumbangkan tenaga,idea dan mengorbankan waktu-waktu gembira bersama yang tercinta (tiba-tiba lak kan...) silalah email ke soulofwu@gmail.com ....

kami di SOWU amat memohon maaf diatas segala kesulitan... kerana admin yang ada sekarang sedang kusyuk bermain DotA... dah laaa asyik kalah jer... (tapi ngan megat aku menang hahahaha)

SOWU akan dikemaskini dalam beberapa ketika lagi dengan berita-berita dan perancangan terbaru...

sekian,terima kasih kerana menunggu dan maaf atas kelewatan.

Thursday, August 14, 2008

Houston... we have a problem... (tapi kita kat Malaysia laa..)

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

berita yang baru diterima ....

KARNIVAL MAHASISWA UNITEN '08 juga akan diadakan pada tarikh yang sama WreckUnit PD Trip '08 dijalankan...

difahamkan ramai yang akan terlibat untuk aktiviti itu dan Kelab Wawasan kita sendiri dijangkakan akan membuka satu booth disitu... jadi saya ingin membuat quicksurvey bagi melihat sekiranya perlu atau tidak trip kita diteruskan...

harap anda memberi kerjasama dengan memilih jawapan yang telah disediakan dengan sewajarnya....




poll ini akan ditutup pada hari Ahad ini bersamaan 17 ogos 2008....

jadi...

"marilah mari... kita mengundi... tunaikanlah kewajipan..... pada WreckUnit.... okkay one more time ....(ikut rentak lagu pilihanraya ek...)"

PD survey team

Adalah dengan ini diumumkan bahawa kepastian tentang WreckUnit PD Trip '08 semakin jelas..

kami akan berangkat ke Port Dickson pada hari jumaat bagi melihat kesesuaian dan ader ataupun tak tempat tinggal untuk trip kiter ke PD...

takde siapa yang tahu pasal WreckUnit PD trip??

ini detailsnyer.... tapi masih lagi di peringkat perancangan... belum ada konformasinya lagi...

WreckUnit PD Trip '08
Port Dickson,Negeri Sembilan
30 - 31 August 2008 (saturday & sunday
)
accommodation@PD still in discussion
also with the budgeting (we will update soon)
convoy with car, motorcycle and even bicycle hehehehe
estimated 40 - 50 persons



jadi itu keterangannya serba sedikit....

so doalah kejayaan kami membuat survey disana ... sebab memandangkan waktu tu cuti hari merdeka.... takut penuh beb..

info tentang trip ini akan di update selewat-lewatnya ahad ini....

jadi... tengok-tengok laa selalu ek bagi mengelakkan kekecewaan...

Tuesday, August 12, 2008

'DIA' datang lagi..... hope we all will be prepared for it....

saper 'DIA' tuh...

steward MAS kah??

pegawai HEP kah??

pengutip hutang AH LONG Bukit Jelutong (adik kepada AH LONG BUKIT BERUNTUNG) kah??

pegawai JAIS kah??

ataupun 'DIA' tu sebenarnya...

........................

........................

'DIA' yang dimaksudkan ialah "MID-TERM TEST"

amcm?? sangat menakutkan kan??

tapi aku pelik aaa.... kat H.O.L. macam xde paper jerk
nota kaki : untuk makluman mereka yang tidak tahu H.O.L. merupakan tempat idea tentang WreckUnit dijanakan... kat maner?? rahsia hehehe kang ramai yang serbu

so dikesempatan ini kami di WreckUnit team ingin mengucapkan.....


SELAMAT MENGHADAPI
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER
DAN
SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA
seterusnya
TIDAK MENGHIDAPI
KEMURUNGAN AKIBAT SOALAN SUSAH

GOOD LUCK!!


tapi kalau ader mengidap kemurungan jangan risau... kami di WreckUnit sedia membantu... kiter pegi mandi kat sungai lagi hehehehe

from : WreckUnit Admin

Monday, August 11, 2008

snap... snap... click... click...

hurmmm lately kami ader bersembang, berdiskusi dan bermusyawarah.....

dan ader diantaranyer yang menyuarakan pendapat....

tapi sebelum tu... kepada mereka yang pernah terlibat... masihkah anda ingat kepada gambar-gambar ini.....



1st photoshoot tryout@uniten's horse stable

haaa yang ni kat belakang coit... who would thought kan

jejaka jambu uniten (JJU?? hehehe)

haaa ni koleksi peribadi H.O.L.


ader banyak lagi gambar lain ... kalau rajin bole view di friendster saya hehehe promote sket

jadi... terpanggil apabila melihat gambar2 lama ini ... saya bercadang untuk membuat satu sesi fotografi di kandang kuda uniten....

segala maklumat adalah seperti dibawah :-

WreckUnit Photoshoot
Uniten's Horse stable
12th August 2008 (tuesday,besok laaa)
4:30 pm - 6:30pm(start at least @ 5pm)
special request : blue jeans and white shirt
baper ramai?? seramai yang mungkin

Photographer
zark
apek
masen
invited photographer TBC



jadi sekiranya ader yang berminat nak jadi model hatta photographer sekalipun... siler laa ym saya yerk --> shortiez_nut@yahoo.com ... lagi cepat lagi bagus...

dan sekiranya ader cadangan yang lebih baik dan tak melibatkan banyak kos boleh jugak diletakkan ruangan komen ataupun chatbox yerk...

dan sekiranyer tidak mendapat sambutan atas sebab kelas atau sebab lain... maka terpaksalah kita postpone.... sila lah lihat blog ini selalu ek...

so... see you tomorrow