Sunday, February 15, 2009

ingat sebelum.......

ceritera Port Dickson masih lagi terngiang-ngiang di segelintir kami yang mengikuti program tersebut... rata-rata ramai yang sangat enjoy dan gembira.... dan tak kurang yang meminta untuk program seterusnya....

dan dalam gembira, ada yang masih prihatin terhadap yang serba kekurangan...
agak tersentuh melihatkan peserta Raja Lawak musim ke-3 yang menziarahi rumah anak yatim di bandaraya kuala lumpur....

walaupun ramai yang mennyifatkan sebagai satu aktiviti 'raih simpati' tetapi niat mereka tetap suci... sekurangnya ramai yang tahu akan kewujudan rumah tersebut....

dan saya berbangga kerana Wawasan Uniten juga telah mengambil inisiatif untuk membuat satu aktiviti sukarelawan yang diberi nama Volunteer @ Wawasan... satu usaha murni kerana ianya bakal diadakan di Rumah Kebajikan Hajah Kamariah, Petaling Jaya...

aktiviti yang bakal dijalankan pada 28 Februari 2009(sabtu)... segala maklumat lanjut di Blog Kelab Wawasan.... sesungguhnya program ini telah dirancang sebelum footage peserta Raja Lawak pergi ke rumah anak yatim tersebut.... hehehhe....

melalui maklumat yang diperolehi tempat adalah terhad, akan tetapi sikap bermurah hati adalah tidak sepatutnya diterhadkan... jadi bagi sesiapa yang pernah mengikuti program WreckUnit... adalah bagus sekiranya kita dapat turut sama memeriahkan aktiviti Kelab Wawasan itu... tak salah kiranya anda menderma buku-buku pelajaran, baju-baju lama yang masih elok( nk bagi designer's cloth pun bole gak, LV ker kan hehehehe), dan lain-lain barangan yang dirasakan boleh di beri atas tujuan untuk membantu mereka.... sekurang-kurangnya jika kita tidak dapat membantu dari aspek kewangan kita boleh menderma atau menyumbangkan sedikit keringat untuk bersama-sama dengan penghuni rumah kebajikan tersebut....

kita mungkin sentiasa gembira dan berseronok, hingga kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa ada manusia yang tidak mampu untuk bersernok seperti kita.... mereka mungkin ada cara untuk berseronok tetapi apa salahnya kita bawak keseronokan kita bersama mereka... mungkin mereka berpeluang untuk mendapat sesuatu yang baru... dan siapa tahu... kita juga mungkin mempelajari sesuatu dari mereka....

tiada paksaan untuk turut sama dalam aktiviti ini.... hanya sekadar pelawaan seorang insan biasa kepada insan yang lain....


moga program ini akan berjalan dengan lancar....

Insyallah!!

2 comments:

Skullsplitter said...

Count me in. I wanna join. Thank you.

-C- said...

::insyaAllah.mari menderma..!! =) ::