Saturday, August 9, 2008

RAYA TRIP '08 Coming soon.....

yea.... yea.... biler mention pasal puasa mesti lepas tu raya kan.... dan biler raya mesti byk kueh raya kan.... jadi siapa yang buat kuih raya paling banyak?kuih raya rumah siapa yang paling colourful?siapa yang menggunakan kuih raya tahun lepas?siapa yang menjadikan biskut merry sebagai kuih raya?dan yang paling penting,rumah siapa yang akan bagi kita DUIT RAYA??

semua persoalan ini akan terjawab dalam.....


haaa amcm?? excited tak.... hehehehe mesti excited punyer kan.. kan... details will be inform on the next post .... so kiter tunggu trip ni lepas raya ... dan most important... lepas exam....


p/s: lepas borak ngan azim... tak sabar plak rasanya nak tunggu cuti hujung tahun...

Berita Buruk dan Berita Baik

kami telah melakukan sedikit survey tentang trip ke PD ...
rata-rata ramai yang bersetuju untuk join trip ke PD... kami amat berterima kasih kepada mereka yang telah memberi maklumbalas yang baik kepada tinjauan kami (bapak skema ayat ko ney....)

namun....

terdapat satu berita buruk dan satu berita baik setelah kiotrang buat survey tersebut.....

berita buruknya ialah mulai minggu hadapan segala program WreckUnit terpaksa ditunda berikutan ramai yang ader mid-term exam(termasuk laa aku huhuhu...) minggu semasa cuti bermula juga terpaksa dibatalkan berikutan ader yang ingin balik umah dulu ... dan pada tarikh 23 - 25 Ogos 2008 akan diadakan Majlis Konvokesyen Uniten....


utk mereka yang dah Grad aaa... (kat HOL ader sorg Graduan Konvo iaitu MOGG yeaaaa..... put your hands in the air.... standby bunga taik ayam) ... jadi seminggu semasa cuti adalah tidak boleh diganggu... kerana dalam minggu tersebut juga HOL perlu bekerja (unless kalo korg nak buat jugak HOL tak kisah hehehe)

akan tetapi berita baiknyer ialah kami telah berborak-borak dan menjumpai beberapa idea yang mungkin boleh diketengahkan... sila rujuk pada kalendar dibawah... HOL bekerja pada 19 dan 20/8


kami telah menjumpai satu timeframe yg dirasakan sesuai ... iaitu diantara 29 hingga 31 Ogos (jumaat, sabtu, ahad)... oleh kerana 31 Ogos adalah hari cuti kemerdekaan... kami berharap agar dapat booking banglo awal... jadi feedback daripada anda amat diperlukan... dan dijangka 1 september (isnin keesokkanyer) adalah hari pertama bagi umat islam berpuasa (yg tak uzur jer ek... pura-pura uzur kene puasa gak sebab pura-pura kan).. so in between of that date ... adalah dirasakan sesuai... jadi silalah rajin-rajinkan tangan dan ringakan mulut utk memberi pandangan anda samada perlu atau tidak PD trip dijalankan sebelum bulan puasa.... kami tak suka terkejar-kejar... jadi sekiranya anda mempunyai idea yang lebih menarik sila kemukakan yerk...

Wednesday, August 6, 2008

WreckUnit next trip poll (will be closed on next monday - August 11th 2008)

Polls PoweredBy MicroPoll

2nd WreckUnit trip - Ulu Yam (August 3rd 2008)

haaa... yang ditunggu-tunggu dah tiba....

gambar-gambar ulu yam...

kali ni dah bertambah ahli wreckunit.....

ramai yang nak pegi tapi ader hal yang perlu diselesaikan...
tapi takper sebab wreckunit akan buat next trip ke PD...

biler??taktau lagi itu kene tanya ADIB laaa... so make sure korang check msg kat YM(termasuk offline msg sekali yerk!!) and good news for motorcyclist ... ader jugak konvoi motor ke PD nanti... and kereta of course aa ader ... takkan awek uniten nak naik motor kan... aper kelas kan adib kan hehehehe.....

so to meon.... standby bebudak kau... kiter serang PD plak...

for now let's enjoy last wreckunit trip to ulu yam


abg steward kerut kening ngan akak model berus gigi
suasana yang baik untuk mula mandi

kacakkah mereka ini??toing!!!!

3 dara pingitan; azah,noi & joyah

"saya yakin betul,saya kunci lirik itu"



full house beb...

"kami jumpa jenglot rambut panjang"

"haaa camni yeaa abg² akak²,lepas sapu pasir cap cikgu rokiah ney...
kompom kaki yang gelap akan jadi putih,
boleh tengok laa perbezaan antara yang saya gosok ngan kat sebelah tu...
haa yang tu, dia sapu dari kecik lagi"

born to be wild,hope not born in wild
dua jenglot yang telah jinak
oopssss.... isu panas neh
saper kater beruk jer pandai melompat hehehe

tak perlulah ader caption untuk gambar ni kan
"sedap betul.. hingga menjilat semua jari...lepas ni aku nk jilat kaki plak"
lihatlah aku wahai unggas
bebudak ni memang tak pernah jumpa air kot
model majalah mempelam
adib : "alaaa cepat laaa meon"
meon : "takmo laa adib,nanti diorg nampak laa.. i malu tau"

aiii bang ... suker jadi bujang ker

"errrkkkk...uhhhhh.....uhhhhh sikit lagi... come on baby"

"skubi... jangan bgtau orang tau aku melepaskan 'makanan' ikan kat tempat ko tuh"



haaa lompat lagi... lompat lagi...

acara melambung manusia #1

acara melambung manusia #2(lagi tinggi)
acara menunggu dan memancing manusia utk dilambung

acara melambung lagi hehehe

barisan rider(bukan rempit ek) wreckunit

haa yang kanan sekali tu cikgu talib

dah nak balik yea... yea...
ilek...ilek.. semua dapat bergambar ngan artis

masing-masing bibir senget

hahahaha gediks!!!

kumpulan dewi-dewi-dewi a.k.a. "si ibu peri"



model iklan raya
astarghfirullahalazim.....
lawan muncung saper paling jauh

lawan idung saper paling besar

penyambung legasi WreckUnit... harap begitulah...

kami berhenti makan...lapar siot... makan kat kawasan jajahan SSU



so itulah sedikit sebanyak aktiviti hujung minggu sudah.... kepada yang tak dapat join xper.... next trip dengar cerita nak ke PD so kalau ader masa tu marilah join... sori kalau tak dapat nak penuhi kehendak semua pihak.... pihak yang menganjur mengamalkan konsep mudah:-

POST kt YM - bagi tempoh masa utk kompom - tunggu pada hari nak pegi

kemudian berseronok laa kan hehehe....

tapi dalam pada seronok tu.... kitorang sentiasa memastikan tiada yang berduka... tapi... malang tak berbau kan... masa dalam perjalanan pulang seorang daripada rider motor kiter (merangkap keluarga baru WreckUnit) iaitu Cikgu Talib telah terbabas sewaktu mengambil selekoh di KM14 pada kadar kelajuan 110km/j, nasib baik beliau hanya cedera ringan. motor beliau(yang dimaklumkan baru seminggu tukar cover set) telah terguris sket.... standard aa tuh naek moto kan.... alhamdulillah selamat.... so "biar jadi giler-giler,jangan macam orang giler"

casey "adib" stoner memeriksa keadaan motor Cikgu Talib

inilah Cikgu Talib yang menjadi pujaan kami

so inilah moment yang dirasakan sebelum pulang

keluarga WreckUnit

jadi,ader masa joinlah kami yer!!

Tuesday, August 5, 2008

heart and blood of us

dulu kami sikit....

sekarang kami dah ramai.....

harap lepas ney lagi ramai......


nak tau saper kami......

kamilah "WRECK UNIT" ...
dengar nama cam kelakar.... camner unit yg wreck nk bersatu?? kan... kan... tapi itulah kami

idea tentang kewujudan wreckunit tercetus lepas kitorang g mandi kat sg gabai.... masa tuh tahun 2006... consist of 10 handsome lagi masam boys...





kiter mula ngan yang paling tua dulu(hormat warga emas kay); zaki,pekan,yus,nu'man,nesh(budak CIMB country height skang-kaki tido heheh),adib,megat,topek,kay(adik pekan yang tetiba muncul tapi cool giler mamat neh) dan hapis(budak ney dulu keje 7-E bgnan TLS kat sg chua,skang taktau kat maner). yang takde dlm gamba kat atas tuh nesh ngan hapis.... wait for next post ... sebab skang gamba kat adib(perlu ke aku bgtau??.... ntah hehehe)

so itu laa sejarah kami serba sedikit... mungkin nampak cam ader kaitan ngan kelab WU kat uniten tuh... ermmm... kira nama wreck unit ney mmg ader kena-mengena ngan WU laaa which is Wawasan Uniten... tapi yang ni lagi giler + sengal + kinky + 'lebih menepati masa' hahahaha....

jangan salah faham diantara kami dan WU.... kami terima semua orang yang sanggup luangkan masa,idea,kewangan(yang ni harus.. kalo tak plan tak jalan hehehe),tenaga dan berfikiran terbuka. yang bukan dari WU pun bole join xde masalah... yang dari WU lagilah dialu-alukan...

so mari kiter sama2 enjoy selagi masih bole enjoy..... sebab time keje dah takleh enjoy sangat (tapi syaq bole jerk hahahahaha)