Saturday, August 9, 2008

Berita Buruk dan Berita Baik

kami telah melakukan sedikit survey tentang trip ke PD ...
rata-rata ramai yang bersetuju untuk join trip ke PD... kami amat berterima kasih kepada mereka yang telah memberi maklumbalas yang baik kepada tinjauan kami (bapak skema ayat ko ney....)

namun....

terdapat satu berita buruk dan satu berita baik setelah kiotrang buat survey tersebut.....

berita buruknya ialah mulai minggu hadapan segala program WreckUnit terpaksa ditunda berikutan ramai yang ader mid-term exam(termasuk laa aku huhuhu...) minggu semasa cuti bermula juga terpaksa dibatalkan berikutan ader yang ingin balik umah dulu ... dan pada tarikh 23 - 25 Ogos 2008 akan diadakan Majlis Konvokesyen Uniten....


utk mereka yang dah Grad aaa... (kat HOL ader sorg Graduan Konvo iaitu MOGG yeaaaa..... put your hands in the air.... standby bunga taik ayam) ... jadi seminggu semasa cuti adalah tidak boleh diganggu... kerana dalam minggu tersebut juga HOL perlu bekerja (unless kalo korg nak buat jugak HOL tak kisah hehehe)

akan tetapi berita baiknyer ialah kami telah berborak-borak dan menjumpai beberapa idea yang mungkin boleh diketengahkan... sila rujuk pada kalendar dibawah... HOL bekerja pada 19 dan 20/8


kami telah menjumpai satu timeframe yg dirasakan sesuai ... iaitu diantara 29 hingga 31 Ogos (jumaat, sabtu, ahad)... oleh kerana 31 Ogos adalah hari cuti kemerdekaan... kami berharap agar dapat booking banglo awal... jadi feedback daripada anda amat diperlukan... dan dijangka 1 september (isnin keesokkanyer) adalah hari pertama bagi umat islam berpuasa (yg tak uzur jer ek... pura-pura uzur kene puasa gak sebab pura-pura kan).. so in between of that date ... adalah dirasakan sesuai... jadi silalah rajin-rajinkan tangan dan ringakan mulut utk memberi pandangan anda samada perlu atau tidak PD trip dijalankan sebelum bulan puasa.... kami tak suka terkejar-kejar... jadi sekiranya anda mempunyai idea yang lebih menarik sila kemukakan yerk...

No comments: