Monday, August 25, 2008

football friendly match

satu perlawanan persahabatan akan dilangsungkan ...
segala butiran adalah seperti dibawah

footbal match
Wawasan vs Kembara
26th August 2008
tuesday
padang COIT
kumpul kol 5pm (warming up)
kick-off around 5:30pm

kepada mereka yang nak bermain bagi pihak wawasan siler bawak boot masing-masing

and for the ladies... do come cheer for them....

so guys.... show your talent... don't loose face in front of the girls hehehehe.....

KUDA YANG TERLEPAS.....

yaaa.............

yang dinanti telahpun tiba....

WreckUnit photoshoot....

dan seramai 25 orang telah berkumpul untuk sesi fotografi di kandang kuda... dan diulang SERAMAI 25 ORANG!!

so let's enjoy the picture and stop being sarcastic hehehehe.... (asyik klaka jer aku neh hahahaha)


let the race begin....

tet... tenenet.... nenet.....(bunyi semboyan)

dan itu dier kuda-kuda yang telah diorder..

haa... kuda yang ni nama dier Mohd Helmi... tapi i panggil dier 'sayang' hehehehe



oopppssss..... kejap2...

ni memang betul2 photoshoot untuk kuda jer ker....

kater WreckUnit Photoshoot...

apakah mereka itu adalah kuda ataupun mereka baru sajer disumpah menjadi kuda??

pelik tapi benar.. hehehehe

naaa.......... yang ni baru betul...


the preparation..

yang ni prepare aper aku taktau....

girls.... phone and make-up : most important gadget for them

dier protes tak dapat masuk Olympic Beijing ; acara lontar lembing dan lontar jamrah.

sitengah: agak2 ko laa kan... best ker buli diorg neh
sikanan: entah laaa... tapi aku memang enjoy tgk diorg berpanas-panas neh
sikiri : aku nak tido aaa....

adib 'stoner' : haa kalau ko nk laju lagi ko bawak sambil nyanyi lagu Sharifah Aini "Kudaku Lawi"
pekan 'rossi' (with weird 's' pronunciations) : aikkk yeker? bukan "Kudaku Lari"??

ye!! aku memang hensem (dari belakang jelaaa...)

the pride & prejudice :)

kami takde kelas!!hahaha

the blues.... (definitely not Chelsea)

siler perhatikan fahmi !!(6 dari kanan) dier kemaruk naik kuda

zark : ko jangan sampai aku gigit ko dengan gigi aku dari jarak 200 meter!!!.... berpagar
apek : eley siang boley aaa... ko nampak aku... malam tengok...

main shooter and co-shooter = dua2 sengal... kemaruk naik kuda

acara memanjat pagar!! berganti-ganti

kami bukan orang!! kami pagar

fence's people

harap maklum!! kami bukan GAY!!

yang ni... tak pasti... hehehehe

okkay sedia semua!!

LAARIII...!!!!!

dan melompat lebih tinggi

sesi bergambar dengan artis kesayangan...

anis : ohh ... lawanyer aku
farah : eyyy ... aku lagi lawa laaa...
ain : aper pulak ... sebab dalam gamba ni aku plg tinggi .. so aku laa lawa
zuret : saya taktau aper ... sebab saya tau saya lawa
fyra : oii...oii... jangan gaduh... yer.. yer .. aku tau korang nk cakap aku lawa
afra : lantak korang lerr... sebab saper dok atas pagar tak lawa!! giler ader aaa... so aku laa yang lawa... dok bawah

Rider WreckUnit

oiii... oiii aper tuh??

kami jakun... tgk kuda bawak keta iswara hehehe... kuda padi lak tuh

posing paling hennnnseeemmmm skali dari kami...

model ladang kuda di australia... jgn risau.. mereka bukan kuda

us

huhuhu... biler pulak avanza ni ader model sendiri

merpati dua sejoli ...
eh silap.. merpati dua suka joli hehehehe


jadi itulah serba sedikit gaya-gaya mereka yang hadir pada sesi photoshoot ptg jumaat itu...
nak tgk gambar lain?? siler pastikan anda singgah ke link apek... disana mungkin ader...

so for the next photoshoot will be announce later...

mungkin ader photoshoot Ramadhan dan Raya...
hehehe bestnyer....


and special thanx to our shooter
zark
apek
masen


and those who spent their time that day...

KATA SEPAKAT TELAH DICAPAI

dengan ini.... diumumkan!!!!!

ader beberapa perkara yang ingin disampaikan untuk post kali ini

  1. hujung minggu ini tiada program WreckUnit kerana kita akan membantu Kelab Wawasan di Karnival Sukan Mahasiswa Uniten 2008....difahamkan Kelab Wawasan ader membuka gerai... jadi mari kiter serang... kasi havoc....jengjengjeng.... segala butiran dan keterangan tentang aktiviti tersebut akan diberitahu kelak....
  2. untuk program seterusnya... kita akan mengadakan majlis berbuka puasa dan seterusnya sembahyang terawikh berjemaah bersama dengan keluarga WreckUnit.... perbincangan tentang program ini akan dibuat kelak bersama dengan kaki-susah-ponteng-puasa (duhhh....!! hehehehe)
  3. masih ingatkah anda tentang TTS yang telah diusulkan dan dilaksanakan oleh saudara Adib satu ketika dulu?? jadi adalah molek kiranya ingin rasa dihati... nak tau laaa kan... kalau2 mahu diteruskan lagi TTS ini.... persoalannya.... berapa ramai yang sanggup?? tempat TTS adalah disekitar bangi, kajang ataupun UNITEN, jangan risau ... tak sampai hartamas... jauh sangat tuh.... (sarcastic isn't it??... oopssss sorry hehehehe)
jadi kepada mereka yang sanggup meluangkan masa.... tidak terikat dengan komitmen... bolehlah kiranya ader kesudian untuk bersama-sama dalam beberapa aktiviti ini....

sekian,terima kasih.

harap maaf diatas kelewatan....

disebabkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan... SOWU telah ter'kubur' buat beberapa ketika...

ini kerana SOWU masih lagi kekurangan anggota kerja dan sedang meneliti calon-calon yang berminat serta berkebolehan untuk menyumbang tenaga kerja mereka dalam SOWU.....

jadi kepada mereka yang sanggup menyumbangkan tenaga,idea dan mengorbankan waktu-waktu gembira bersama yang tercinta (tiba-tiba lak kan...) silalah email ke soulofwu@gmail.com ....

kami di SOWU amat memohon maaf diatas segala kesulitan... kerana admin yang ada sekarang sedang kusyuk bermain DotA... dah laaa asyik kalah jer... (tapi ngan megat aku menang hahahaha)

SOWU akan dikemaskini dalam beberapa ketika lagi dengan berita-berita dan perancangan terbaru...

sekian,terima kasih kerana menunggu dan maaf atas kelewatan.

Thursday, August 14, 2008

Houston... we have a problem... (tapi kita kat Malaysia laa..)

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

berita yang baru diterima ....

KARNIVAL MAHASISWA UNITEN '08 juga akan diadakan pada tarikh yang sama WreckUnit PD Trip '08 dijalankan...

difahamkan ramai yang akan terlibat untuk aktiviti itu dan Kelab Wawasan kita sendiri dijangkakan akan membuka satu booth disitu... jadi saya ingin membuat quicksurvey bagi melihat sekiranya perlu atau tidak trip kita diteruskan...

harap anda memberi kerjasama dengan memilih jawapan yang telah disediakan dengan sewajarnya....




poll ini akan ditutup pada hari Ahad ini bersamaan 17 ogos 2008....

jadi...

"marilah mari... kita mengundi... tunaikanlah kewajipan..... pada WreckUnit.... okkay one more time ....(ikut rentak lagu pilihanraya ek...)"

PD survey team

Adalah dengan ini diumumkan bahawa kepastian tentang WreckUnit PD Trip '08 semakin jelas..

kami akan berangkat ke Port Dickson pada hari jumaat bagi melihat kesesuaian dan ader ataupun tak tempat tinggal untuk trip kiter ke PD...

takde siapa yang tahu pasal WreckUnit PD trip??

ini detailsnyer.... tapi masih lagi di peringkat perancangan... belum ada konformasinya lagi...

WreckUnit PD Trip '08
Port Dickson,Negeri Sembilan
30 - 31 August 2008 (saturday & sunday
)
accommodation@PD still in discussion
also with the budgeting (we will update soon)
convoy with car, motorcycle and even bicycle hehehehe
estimated 40 - 50 persons



jadi itu keterangannya serba sedikit....

so doalah kejayaan kami membuat survey disana ... sebab memandangkan waktu tu cuti hari merdeka.... takut penuh beb..

info tentang trip ini akan di update selewat-lewatnya ahad ini....

jadi... tengok-tengok laa selalu ek bagi mengelakkan kekecewaan...

Tuesday, August 12, 2008

'DIA' datang lagi..... hope we all will be prepared for it....

saper 'DIA' tuh...

steward MAS kah??

pegawai HEP kah??

pengutip hutang AH LONG Bukit Jelutong (adik kepada AH LONG BUKIT BERUNTUNG) kah??

pegawai JAIS kah??

ataupun 'DIA' tu sebenarnya...

........................

........................

'DIA' yang dimaksudkan ialah "MID-TERM TEST"

amcm?? sangat menakutkan kan??

tapi aku pelik aaa.... kat H.O.L. macam xde paper jerk
nota kaki : untuk makluman mereka yang tidak tahu H.O.L. merupakan tempat idea tentang WreckUnit dijanakan... kat maner?? rahsia hehehe kang ramai yang serbu

so dikesempatan ini kami di WreckUnit team ingin mengucapkan.....


SELAMAT MENGHADAPI
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER
DAN
SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA
seterusnya
TIDAK MENGHIDAPI
KEMURUNGAN AKIBAT SOALAN SUSAH

GOOD LUCK!!


tapi kalau ader mengidap kemurungan jangan risau... kami di WreckUnit sedia membantu... kiter pegi mandi kat sungai lagi hehehehe

from : WreckUnit Admin

Monday, August 11, 2008

snap... snap... click... click...

hurmmm lately kami ader bersembang, berdiskusi dan bermusyawarah.....

dan ader diantaranyer yang menyuarakan pendapat....

tapi sebelum tu... kepada mereka yang pernah terlibat... masihkah anda ingat kepada gambar-gambar ini.....



1st photoshoot tryout@uniten's horse stable

haaa yang ni kat belakang coit... who would thought kan

jejaka jambu uniten (JJU?? hehehe)

haaa ni koleksi peribadi H.O.L.


ader banyak lagi gambar lain ... kalau rajin bole view di friendster saya hehehe promote sket

jadi... terpanggil apabila melihat gambar2 lama ini ... saya bercadang untuk membuat satu sesi fotografi di kandang kuda uniten....

segala maklumat adalah seperti dibawah :-

WreckUnit Photoshoot
Uniten's Horse stable
12th August 2008 (tuesday,besok laaa)
4:30 pm - 6:30pm(start at least @ 5pm)
special request : blue jeans and white shirt
baper ramai?? seramai yang mungkin

Photographer
zark
apek
masen
invited photographer TBC



jadi sekiranya ader yang berminat nak jadi model hatta photographer sekalipun... siler laa ym saya yerk --> shortiez_nut@yahoo.com ... lagi cepat lagi bagus...

dan sekiranya ader cadangan yang lebih baik dan tak melibatkan banyak kos boleh jugak diletakkan ruangan komen ataupun chatbox yerk...

dan sekiranyer tidak mendapat sambutan atas sebab kelas atau sebab lain... maka terpaksalah kita postpone.... sila lah lihat blog ini selalu ek...

so... see you tomorrow

And the award goes to.....

merah ...

hitam ...

putih ....

satu kombinasi garang..... ditambah pula dengan kerlipan lampu dan juga suasana penuh glamour...

"2489 ... kaunter 32"

namun apa yang sedang kami lakukan??

mengapa hanya berdiri??

apakah gambar diaatas menunjukkan sudah ada kaunter untuk lelaki bujang mendaftarkan diri mencari pasangan??(memang dah ader kan...??)

adakah ini antara calon pasangan yang di maksudkan??


aduhai.... kalo macam ni laa calon menantu mak aku kan.....

yang sebelah kiri tu jer calon untuk lelaki bujang...
kanan untuk pompuan


kalo dulu bole laaa datuk siti jadi calon tapi ..
sekarang dia sudah kepunyaan datuk K..

ehh jap ni maner satu artis maner satu calon
atau
maner satu pencari pasangan neh....

eh kejap... kejap...

apsal semua calon pasangan nampak macam artis....

dimanakah agensi pencari jodoh ini...

hehehehe.... mesti laa tak wujud kan agensi macam ni...

so aper sebenarnya yang sedang berlaku.... sebelum aku bercerita lebih lanjut, kita tengok dulu beberapa entry pix yang ader untuk pengunjung SoulOfWreckUnit (SOWU.... apsal cam klaka jerk singkatan dier ek)

farah dengan gaya mata menggoda

thorn among roses hehehehe

kalo bab posing... korang memang mengalahkan artis kan...

hahahaha ini ntah saper ntah.... diorg cool
perjuangan mereka terhadap industri seni tanahair
tapi nk tanya sket bang ek... salu beli CD kt music store
atau just download internet jerk hehehe jgn mara aaa

waaa.... sempat jugak tuh bergambar ngan artis

cubaan para peminat untuk bergambar dengan artis kesayangan mereka...
tahniah!! anda berjaya...


so sebenarnya entri kali ni bukanlah aktiviti teras WreckUnit..... tapi disebabkan laman Web Wawasan Uniten masih lagi dalam proses baikpulih, kemaskini dan naiktaraf (perghhh..... tak macam semua perkataan lak aku guna kan), jadi SOWU dijadikan platform sementara untuk menyiarkan semua rencana atau aktiviti yang ader kaitan dengan Wawasan Uniten .... lagipun WreckUnit pun memang berasal dari Wawasan Uniten jugak... so itu serba sedikit tentang mengapa post kali ini dikeluarkan (dipublish laaa..) tapi post kali ni tentang aper ...

haaa........ kiter kasi ghairah sikit lagi...

let you guys wonder....


aduhai Hannah Tan...
memang laa ko bagi jantung aku hampir gugur


Perhatian!!gambar ini tidak rosak atau tersalah setting...
tapi disebabkan mereka berdua ini lebih bergaya daripada artis yang hadir
maka, gambar ini telah terlebih glow dari gambar yang lain
jurugambar kami masih mencari-cari bagaimana kejadian ini boleh berlaku

maaf!! ini bukan artis... malah beliau belum bole sain kontrak lagi
selagi tidak mencecah 21.. tapi mungkin satu hari nanti beliau akan menjadi seorang artis..
bodyguard awal-awal dah upah dah...


so what really happen that nite was, 33 Uniten's students that most of them were Wawasan Uniten's members, has been invited to be a mock fan at the 21th Malaysian Film Festival or Festival Filem Malaysia (FFM21) at the Putrajaya International Convention Centre (PICC).

jadi meriah atau tak meriah aktiviti malam tu... hanya mereka yang pergi dapat menilai dan kenangan itu akan tersimpan samada manis ataupun pahit hehehehe...

jadi harap anda menikmati antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada malam itu...

Eman Manan & Erma Fatima .... orang lama yang disegani

Umie Aida.. sporting tuu....

aduhai Nasha Aziz ... ko tetap anggun & comel ...

liyana jasmay.... such a lady now

shot menarik Kuswadinata

ey..ehh... dier tengok photographer laa hehehe

a very powerful voice from Siti Nurhaliza

bak kater MAN "Darah Hidung laa siall....." hahaha

saper kater Apek dah bersara dari buat lawak

walaupun salah masuk lagu... tapi Stacy ko tetap hebat!!

ni maner satu pelawak maner satu tukang gelak neh...
ader orang cakap muka diorang samer
mungkin yang pakai topi tu lagi gelap kulit dier..
"Apek,bebudak ney ader Fair & Lovely... ko nak??"


satu lagi pose istimewa da... eh ni bukan artis tapi takpe diorang tetap nak bergaya..

haaa ... yang ni bukan studen Uniten ...
diorang ni dah tua dah... dah keje dah pun
Farid & Liana.... korang memang pasangan yang cool.. join lagi next time

perghhh... Anugerah Diva Popular Yang Masih Belajar hehehe

itulah dier persembahan Tarian Naga dari pelajar Uniten

merahhh..... makngah malam ni hehehe...
ko pehal lak tu masen?? cuba nak ngurat liza ek....

Dan ini pula adalah antara filem yang bakal muncul tak lama lagi.... nantikan di pawagam berdekatan dengan rumah jiran anda...

"The Bachelors"

the photographer (dark one...)

"the Trio"

"the Divas"

"the Escalator Girls"

"the Love Birds" hehehehe

"the Skinners"

"Us...."

So dengan itu berakhirlah sudah malam kami... dah tiba untuk kami berangkat pulang ke Uniten...

tapi sebelum tu... jeng..jeng..jeng..

aksi menarik dalam bas ... tak cukup menarik??kejap ek..

haa amacam menarik tak?? nak lagi menarik??

yaarghhhhh.... kesian diorg...
macam bapak panda ngan mak panda tido
hehehe jangan marah aa


"betul bang... kami rindu sangat kat pokok dalam uniten ni..
tu sebab saya turun jer dari bas saya terus pegang pokok ney"


And i guess all the fun couldn't be felt if there's no invitation from our lovely ASTRO girl, AYA... thanks AYA... lenkali ajak lagi dan kalo bole bagi yang ader makan-makan... lapar siot... program yang ader duit pun okay gak hehehehe

AYA with her special pose

Namun....

seperti biasa... agaknya dah memang menjadi lumrah bagi aktiviti WreckUnit kot... mesti ader sedikit perkara yang boleh dikatakan tidak baek terjadi.... tapi syukur alhamdulillah tidak ader kecederaan yang teruk mahupun kekal kepada mereka yang turut serta... aper pulak kali ni... korang tengok laa sendiri...

inilah acara yang paling grand sekali untuk kitorang semua... demmit

sedih kan kecelakaan itu hehehe... tapi tak mengapa asalkan semua hepi... "eh baru aku perasan Farid ... ko pun tolak bas gak hahahaha... bagus aa ko ni... lenkali panggil ko jela kalau bas rosak ek hehehe"... so lebih kurang jam 12:15 malam kami sampai di Uniten... haaa seb baek ingat ... walaupun waktu nak bertolak tu ramai sangat yang datang "awal giler" ditambah pulak ngan rasa lapar so kitorang decide taknak balik umah lagi... pegi maner?? makan laaa....

kat maner mestilah restoran paling hebat kat puchong tu....





Mc'Donald Equine Park hehehe....


dalam kelaparan masih mampu mereka tersenyum

hurmmm.... man + nan = manan = eman manan hahahaha

ini geng Meja Engineer & anak buahnya

ini pulak geng Intelektual & Muka Beriman

ini dinamakan kumpulan Neraka Jahanam

dan yang terakhir and of course yang terhebat hehehehe...
kumpulan Single Yang Tetap Bergaya Tapi Suram Harapan
hahahahaha


jadi ... itulah aktiviti untuk hujung minggu kami pada kali ini...

yang akan datang??

kita akan tunggu aper yang bakal berlaku hehehe... jadi terima kasih sekali lagi pada semua yang sudi hadir... dan saya nak mintak maaf sekiranya ader terkasar bahasa lisan dan bahasa tubuh (hehehe rasanyer macam banyak jerk... tension weiii ) dengan anda semua... sori laaa yerk... saya hanya menjalankan tugas... harap jangan simpan dalam hati... dan mungkin di lain kali kiter boleh join lagi (tu pun kalau tak serik dah laaa hehehehe)

juga ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih pada pihak astro yang telah sudi menjemput kami (thanks again AYA)... dan sudah semestinya blog ini tak menarik kalau takde gambar kan... so credit to :
Main Photographer
Syaq
Apek
Masen

SideKick photographer
Zark
AYA herself
and for those who brought their camera hehehe
p/s: saya mao gambar dari camera anda yerk...

Lastly, siler kunjungi SOWU selalu untuk sebarang aktivit terbaru.... dengar2 PD dah start plan aktiviti hehehehe.

TITIK!!